Akhirnya Selamat Pulang…

Cheh tajuk x bleh blah…

Aku buat point2 aje la ye coz masa yang x mengizinkan….

1 mei 09 (jumaat)

hoye hoye…waktu ni sume pakat sonok coz nak p umah adik aku kt bintulu.  Budak2 sonok coz nak naik kapal terbang, bukan setakat budak2, kami yg besaq ni pn teruja aihhh coz bukan selalu naik pong….

3 mei 09 (ahad)

waktu bangun pagi, haikal dah tergaru sana sini.  tgk2 kt badan n muka die dah tumbuh biji2 sket, pastu ada air lak.  Aku syak, sohih demam campak ni.  Tp sbb nak confirmkan p la klinik.  Malang sekali, sume klinik kt sana pagi diorang tutup.  Bukak malam je….ada plak mcm tu kan:(  Bila p klinik malam tu, confirm doktor kata dmm campak.  Doktor bagi ubat sapu n ubat makan..

4 mei 09 (isnin)

waktu pagi kitorang dah berkemas2 nak balik putrajaya.  Budak2 sekali lagi hoye2 seronok dapat naik kapal terbang sekali lagi.  Aku yg lurus ni p letak plak ubat kt muka n badan haikal.  Ibarat mcm die pakai bedak sejuk tu….kan aku suka pakai bedak sejuk dulu-dulu, jdi aku aplikasikan sekali pada anak aku…huhu

Bila check in, sumenya ok….mungkin yg jaga kaunter tu pn x perasan muka haikal lagi.  Bila dah lepas imigresen, mat n anak3 aku p kt cermin depan pintu coz nak tengok kapal terbang lebih dekat.  Malang sangat waktu ni aku rasa coz pramugari tu tertengok haikal waktu ni.  Mat dengan jujurnya cakap haikal kena chicken pox (cp).  Memang aku x tau klu kena cp ni x leh naik kpl terbang,  coz haikal kena x la teruk sangat, benda baru nk jd, klu x pakai ubat tu mungkin kitorang lepas.  Alamatnya, kitorang sume x leh balik.  Beg2 yg dihantar dlm perut kpl terbang pn diorang bwk turun balik…Waktu ni aku rasa mcm nk nangeh sangat coz muka haikal dh lain mcm, die cakap jangan tinggalkan die sume, die xnak tinggal kt spital sorang2, ish tinggi sungguh la imiginasi anak aku ni, tp aku tahan xkan la aku nak nangeh dpn pramugari tu kot…

Mat cakap kite balik umah adik aku dulu, pergi jumpa doktor dulu untuk dapatkan pengesahan yg haikal bleh travel.  Sblm balik, manager airasia kt ctu kata bleh guna tiket yg lama….Mlm tu pergi jumpa doktor pakar kanak2, die pn cakap klu x pakai ubat sapu tu bleh terus masuk je….huhu benda nk jadi, nak wat lagu maner kan…die cakap dalam 2-3 hari cp haikal akan kering….Mlm tu aku wat keputusan, biar la mat n anak3, adik n mak aku balik dulu esoknya, aku takut anak2 yg lain berjangkit plak, dh la dok kt tempat org, satgi mau sampai sbln aku jd org sarawak….

5 mei 09…

Mat n sume berkemas barang, rancang nak naik flight kui 4 lebih…Lepas zohor, aku dah x tahan dah, rasa sedih sangat waktu ni.  Mat cakap mmg klu bleh die nak dok sekali tp dah aku x bagi, die cakap pk positif, sekejap je aku dok ctu, lagipn takut berjangkit kt anak2 kan…

Sblm balik, mmg nana kata nak dok ngan aku, die pn dh lain mcm aku tengok.  Waktu die salam aku, aku cium pipi die dua2 belah kuat2.  Waktu ni aku sedih sangat.  Nana pn dh nangeh waktu ni….Dah teresak2 aku tengok….Yang haziq lak selamba je, siap babai aku lagi, die ingat nak p jalan2 kot….Waktu ni haikal tido, jd die x tengok waktu sume org pakat balik….

Sampai kt airport, pengurus tu cakap x leh gunakan tiket yg lama coz xde pengesahan doktor.  Bila mat tepon aku mula la rasa bengang kan, smlm kata dptkan surat doktor hanya untuk sahkan haikal leh terbang, ni nak surat doktor lak untuk sahkan aku nyer schedule 4 mei ari tu dh bleh guna harga tiket lama….eeeiiiii sabar je la.  Last2 aku cakap bila aku n haikal balik, baru gunakan tiket tu.  Mat terpaksa keluarkan rm1***.** untuk 5 orang….

Petang tu, bila haikal dah bangun die mcm musykil coz sume org xde…Die plak bleh p kt pintu depan tgk aku terus cakap “ibu, haikal nak balik….”.  Lg la aku sedih….Aku cakap klu nak cepat baik, makan ubat, doa banyak2.  Jd setiap kali die makan ubat mesti die doa, ‘ ya allah, biarlah haikal cpt baik, biarlah haikal baik cpt, biarlah haikal dapat naik kapal terbang….” hehe

Mlm tu bila mat cakap die dh sampai umah lagi la aku sedih…Mat plak bleh ternangeh bila aku buat ayat haikal kt dpn pintu petang td.  Ayooo dua2 nangeh yg x tahan tu….

6 mei 2009

Ari ni p pakar sekali lagi.  Doktor bagi pengesahan haikal bleh balik esoknya.  Terus aku mintak surat sekali…Doktor situ mmg pro lah, patutlah jadi pakar, tp yg aku musykil tu wlpn pakar xde caj pn dikenakan untuk perkhidmatan doktor tu, bayar semata2 duit ubat sajork.  Mungkin kt sana ramai orang susah kot, pasai waktu aku mintak ubat lebih, nurse tu bleh tanya kt aku ubat tu rm15, bleh ka kalau nak amik 2 jadi rm30??  Ish, mcm bleh buat tawar menawar je kan….Lepas tu terus p airport coz nak amik tiket n gunakan duit tiket yg lama, tp harga dh naik jd rm8++ kena tambah kt rm2++ gak la…..Bila aku kira2 balik aku rasa byk benda aku boleh beli dengan duit tu….Terus aku call mat…

aku:  abg, dh dpt tiket utk esok tp manager tu kata mungkin flight delay esok takut dlm kapal terbang diorang nak check haikal lagi..

asben:  xpe, doa je esok xde apa-apa yg jd.  Yg penting, syg n haikal sampai cni esok….

aku:  abg nk tau x bila total sume baper harga tiket nie???

asben:  baper??

aku:  dkt rm3+++ tau….ish, banyaknya bleh beli emas je….

asben:  xpe la syg…mungkin ada hikmah sume tu…yg penting, anak3 sume seronok dapat naik kapal terbang, dapat bawak mak ngan noli sekali, ok la tu…

ish, waktu ni aku pk klu aku dalam keadaan mat waktu tu, mesti aku pot pet pot pet jugak…..mesti aku pk rugi sume tu, tp tu la kan, org selalu cakap dalam hidup berpasangan ni mesti ada pro n kontra…..

7 mei 09 (Khamis)

Waktu sampai kt airport, perut aku dh kecut.  Haikal plak asal nampak pramugari terus die mai nyorok kt aku.  Muka die waktu tu bleh nampak sangat la chicken pox tu tp dh kering jd mcm hitam2 sket la kan.  Dalam ati aku x abis2 baca satu baris ayat yasin tu…insyaallah org x nampak haikal.  Bila aku suruh haikal tunduk die leh cakap ‘xkan nk tunduk je, penat la haikal, nanti haikal x nampak jalan mcmn….’  Ish, budak ni la waktu dalam keadaan yg kritikal lagu tu, jangan la byk soal jawab bleh x, lagipn yg aku tau aku mesti sampai kt umah aku, itu je…

Akhirnya, flight mendarat awal kui 6, lepas amik beg sume, mat n nana dh tunggu aku kt depan tu…..Bila masuk kereta, dapat sembang ngan asben n anak2 aku rasa syukur sangat2 akhirnya aku sampai jugak kt cni….

Bila sampai rumah, terus haziq jerit………..maaaaaaaa maaaaaaaaaaaa……

Rasa mcm donia ini aku yg punya….huahuahua….

6 Responses so far »

  1. 1

    Along said,

    ooo…begitu ceritanya. sian haikal…tp tetap nakal…heheheh
    sedih plak bila hg cerita hg dgn mat nangeh dlm phone tu….lelaki susah woo nak kluaq airmata, bila betoi2 tersentuh hati dia baru la mengalir airmata tu kan. skrg ni haikal dah sekolah ka?

  2. 2

    jade2020 said,

    ooo aku pon baru tau rupanya kalo ada cikenpox takleh naik kapaitobang ek…

  3. 3

    nCT said,

    lor, siannya kat hangpa 2 org kena bok keluaq duit sampai byk tu sekali, benda nak jadi, x pa, dah selamat semuanya. lepas ni kumpul balik duit tu ok 😉

  4. 4

    nanadanny said,

    along,

    tu la, waktu aku dengaq sora mat dh lain, aku lagi la sedih, x sangka lak die bleh jd lagu tu, mungkin die pn x sonok kitorang balik x sekali kan…

    haikal aku bagi rest cukup2 kt umah…hahaha, skrg ni ok sket cikgu pn kata xpe hantar next week je…punya la payah budak tu nak berpantang…die leh cakap lagi, “haikal dh boring la ibu asyik mkn sup ikan je….” eiii budak2 kan, tp nak cpt baik aku keraskan hati la jugak…

    jade,

    sbnrnya, klu baru nak jadi aku rasa no hal la…tp pramugari punya tanggapan pada cp ni punya la menyakitkan hati aku tau!!! Doktor pakar sendiri cakap sbnrnya, klu terus masuk pn xpe, balik2 org lain yg kena jangkit…hahaha bagus betui pakar tu memahami perasaan aku nak balik semenanjung….:)

    nCt,

    doakan aku cepat kaya balik ye….xpe pk positif…hohoho

  5. 5

    mai said,

    sodeyyy dgr aikal baca doa tu tiap2 kali nk mkn ubat…..huhuhuhuhu………

  6. 6

    nanadanny said,

    mai,

    haa kan, mcm die mmg betui2 niat nak balik n baeeekkkkk waktu tu….huhu


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a reply to nCT Cancel reply