Hari Penyampaian Hadiah & Kepala Ada Pusar

Haaa 2 tajuk terus, senang x yah byk2 entri….hehe

-Hari Penyampaian Hadiah-

Tadika KEMAS KDN buat hari penyampaian hadiah jumaat lepas.  Nana n haikal awal2 lagi dh booking kitorang nie…hehe punya la nak suruh datang tanpa alasan gitu….:)

Alhamdulillah, keputusan kedua2nya membawa berita gembira buat kami, terharu, perasaan bercampur baur sedih + happy tetapi sebenarnya perjalanan masih jauh, jauh sangat2, byk lagi rintangan dan dugaan yg aku dan mat akan tempuh dalam mendidik mereka.  Aku harap sangat aku dan mat diberi kesabaran yang sangat tinggi waktu2 yang akan datang….Amin

-Kepala Ada Pusar-

Sebelum aku tulis lebih panjang, korang berterus terang je la ngan aku ye, in case ada benda negatif n positif aku terima dengan hati yg terbuka:)

Kepala haikal mmg byk pusar, bg aku xde masalah langsung, x ganggu org n x membawa masalah kepada sesiapa pong.  Masalahnya ‘MAKCIK’ ni tetap memberi masalah pada aku, ada je benda yg die x puas hati ngan aku.  Apa ntah salah aku pn aku x tau, yg aku tau mai ofis, aku dok kt bilik diam2, buat keje sendiri2, org yg rajin mai bilik aku….itu aku suka!!!!!  Xkan die jeles kot!!!!  Haaa kira die jeles la tu kan.  Ok, berbalik kepada citer pusar, waktu ni tengah sembang ngan mat, masuk la makcik ni dalam bilik aku, die tengok haikal terus cakap, ‘byknya pusar budak ni’.  Sblm ni pn cakap benda yg sama, jd aku malas amik tau, aku wat x gheti n terus sembang ngan mat…..

Tibalah waktu nk balik, kebetulan makcik ni sekali lagi masuk bilik aku nak antar surat, makcik ni bersuara lagi, ‘byknya pusar die, eeeiii ada 1, 2, 3, 4….’  Malas nak layan aku diam, terus blah, itu lebih baik….

Haaa siap kira lagi….Klu ikut hati nak je tanya, ada masalah apa2 ke????  Tp bila fikirkan perangai die yg mmg suka mengkacau bilaukan fikiran org, baik aku diamkan aje….

Jadi kepada kawan2 sume, sila jgn fikirkan perasaan aku, sila bercakap jujur ngan aku, klu kepala ada pusar, ada apa2 KAH????

Tima kasih di atas jawapan anda sume untuk rujukan di hari tua…..hahaha

 

Comments (11) »

Cakap Omputih Lebih Org Faham Gamaknya..

Xdak kena mengena ngan aku, cilok org punya…

A:  Sewa umah dah masuk?

B:  Ptg ni saya bank in…

Esok mlm…

A:  Sewa rumah dh masuk?

B:  Mlm ni saya bank in…

Esok petang…

A:  Duit sewa rumah?

Sms tidak berjawab….si C masuk campur, mintak no nset si B ni…esoknya si C ada idea baek punya…

C:  i’ve juz checked maybank2u but un4tunately there’s no transaction till ** nov…i really need ur cooperation 2 this matter….tq

B:  ari ni saya bank in….

dan mmg betullah tghri tu dh masuk akaun….cakap melayu x paham, cakap omputih baru faham, sbnrnya bahasa omputih ni byk tersirat klu ckp melayu konpem terasa…..

morale of the story, ckp la omputih selalu….wakakak….lariiiiiiii

Comments (7) »

Hati Si Abah Pula Tersentuh

Hari:  Jumaat

Tarikh:  6 November 2009

Tempat:  Bangi, Selangor

Telefon berdering…

Abah:  Helo kakak, abah tengah drive ni, nnt abah kal balik…

Nana:  Ok…

10 minit kemudian…

Nana:  Helo abah, kenapa abah x kal balik??

Abah:  Sori kakak, kenapa ni??

Nana:  Abah, kakak nak makan nasi lemak abah boleh ke??  Nasi lemak kakak ibu dh beli tp kakak bagi dekat bibik, td kakak rasa dh kenyang tp skrg mcm nak makan pulak, boleh ke abah??

Abah:  Ok, xpe, kakak makan laaaa…

itu adalah situasi en mat jumaat lepas, bila tanya kt mat apa perasaan bila anak mintak permission mcm tu, mat kata terharu pn ada, sedih pn ada, x sangka die leh mintak izin nak makan…Aku pn berperasaan mcm tu, at least nana ingat pesan kami, klu nak apa2 mintak kebenaran dulu…tp x sangka lak makan pn kena mintak izin…huhu

Comments (6) »

Protected: Stok Geli-Geli

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Enter your password to view comments.

Macamana Pulak Bila Dah Besar:)

Perkembangan budak dan kenkadang aku terpk ‘ermmm, x sangka umur mcm ni pn bleh pk sejauh nie….’:)

Dua2 kejadian ni antara aku dan haikal…

Situasi 1

Waktu ni hari minggu.  Lepas aku main masak2 kt dapur, aku nak bagi diorang makan, haikal nak makan lewat sket, xpe la kan, aku pn buat la untuk haziq n nana, biasa la org laki kan bos, ada masa nak tolong die tolong (tp itu kena suruh…huhu) duduk kt sofa, silang kaki baca paper.  Yang haikal tetiba lak nak makan,  jd x concentrate aku nak bagi kt haziq.  Adoiiii sakit nyer jiwa raga bakul sume klu buat2 x dengar ni, terus bagi makan kt haziq laju2, amik plak nasi kt haikal.  Darah menyirap kt kepala, bila x ikhlas bleh plak kuah tu tumpah kan….hehe Last2 dh geram, panggei haikal masuk bilik, makn kt bilik je senang.  Bila tengah makan haikal cakap, ‘ibu, nanti bila haikal dah kawen, haikal tolong je isteri haikal…’ 

Adoiii la terus luluh tau hati aku ni dengar….terus aku peluk die.  Bila hati dh reda aku citer kt mat apa anak die ni cakap, mungkin mat malu, yg bleh die buat hanya senyum je la…..huhu

Situasi 2

Pagi tadi aku cakap kt anak2 aku pergi sekolah kena dengar cakap cikgu, bila dah besar boleh dapat gaji banyak.  Nana tanya, ‘gaji ibu berapa, bos ibu berapa…Aku jawab, ‘gaji ibu 1 ribu je, gaji bos ibu 15 ribu, kakak nak berapa ribu???  Nana dan haikal jawab, ’15 ribu’:)

Aku pn mula la membuat ayat…hehehe ‘klu nak gaji besar, kena la belajar rajin2, besar nanti boleh beli apa je yg nana haikal nak, boleh beli rumah besar, kereta besar, jadi bos….bla bla bla…

Tetiba haikal menyampuk, ‘tp kalau anak2 haikal nak mainan mcmn ibu??? boleh ke haikal beli???  x membazir ke, mcmn haikal nak tau mainan tu boleh beli atau x???

haaa amik…sekali die tanya bertalu2, aku pn sengih je bila die tanya, tp aku jawab ‘nanti bila haikal besar, haikal tau la mainan tu ok ke x, membazir ke x…..bla bla bla….

tp tu la, klu budak umur 5 tahun berpikiran sejauh itu, aku x tau la besar nnt die pk apa plak….hehehe tp ok la, at least die prihatin sangat pada keadaan sekeliling, boleh buat aku sejuk walaupn kenkadang memang menduga kesabaran….normal la tu, nama pn budak-budak kan, lelaki plak tu…:)

Comments (10) »

Protected: Mentaliti Orang Melayu

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Enter your password to view comments.

Promote

Alkisahnya aku dapat emel dari seseorang yg tanyakan pasal produk smartherbs yang aku juai tu, die tanya apa kebaikan yang die dapat klu jadi ahli…jd, meh la kite berkongsi sama-sama maklumat ini dan kite share keuntungan bersama-sama….ewaaahhhhh:)  Iye la, hari tu pn bila aku promote risau gak xde sape nak tanya kan, jadi bila dh ada yang bertanya, kite rumuskan kat cni ramai yang berminat dan ingin mencuba…..hehehe

Jadi AHLI:- 

– RM60 dan free sekotak…

– harga ahli RM22, korang boleh juai pada org lain dengan harga RM30 sbb bukan sume org nak jadi ahlikan.  Mungkin diorang nak rasa dulu ok ke x, serasi ke x ngan badan.  Kt ctu kite dh untung RM8…Klu 10 kotak, jom kite kira sama2….:)

– bila jadi ahli, automatik korang diberi ID, isi borang segala dan maklumat bank, pandai plak cari ahli, ibarat mcm sistem piramid, setiap ahli di bawah, korang akan dapat rm…siapa yang pandai cari ahli kt bawah lagi banyak la die dapat, sumenya computerized, bukak web, masuk ID, tengok duit dalam akaun….tadaaaaa:)  Duit akan di bank in setiap 15hb…

Apa lagi yeee, aku rasa itu laaa yg aku dapat skrg ni, wlpn baru 2 minggu aku bisnes, alhamdulillah lepas la duit susu n pampers anak2 aku.  Minggu 1st mmg perit, mcmn aku nak cakap ngan org???  Org nak beli ke???  Sedap ke???  Tp alhamdulillah, baru la aku nampak bisnes ni mmg boleh dianggap rezeki bagi aku n family.  Dan yang best sekali, en mat pn tolong aku promote pada member2 ofis die….:)

Yang penting:-

modal murah + income masuk + produk kite minum = senyum ++

Selamat Mencuba….

*************************************

ini aku nak promote adik aku nyer link lak….rezeki ada di mane2, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan….selamat mencuba juga…:)

http://www.dapatwang.com/?id=norazlina

Comments (4) »

Kesihatan Diri…

Echeh…bagus punya tajuk..

Iye kawan2, sekarang aku ada juai produk SMARTHERBS, kopi tongkat ali, kacip fatimah ngan barli….alhamdulillah la, lepas minum kacip ni, aku rasa badan segar sangat, x mengantuk, buang air kecil (sopan kan aku..hehehe) pn x berbau, klu minum yg pearl tu, bau die kuat ya rabbi…

harga pada aku mmg berpatutan, klu korang jadi ahli rm60 seumur hidup, pastu dapat satu kotak free, pilih la yg maner satu pn korang nak, dah jadi ahli satu kotak rm22, dalam tu ada 20 paket, klu bukan ahli satu kotak tu rm30…. pada aku harga tu ok coz klu kite minum kt kedai pn kopi2 tu harga pn lebih daripada tu…

meh aku nak citer sket die nyer khasiat:-

kopi barli – membersih dan menjaga buah pinggang, sejukkan badan, hindar dari kencing kotor, lancarkan proses pencernaan, sesuai untuk DIET, anti-kanser dan kuatkan minda…

ulasan aku (chewah) – kopi barli ni mmg sedap, budak2 mmg suka kopi ni termasuk la anak2 aku.  Bleh gak untuk kempiskan perut klu kite konsisten minum kopi ni.  Ye la kan, nama pn untuk diet….

kopi tongkat ali – kurangkan hypertension, hindar kolestrol berlebihan, amalan kesihatan dalam pemakanan yang seimbang, membantu pelancaran peredaran darah, untuk kesihatan LELAKI….

ulasan aku (chewah lagi…) – melalui pengalaman suami sendiri (ngeh2) die pn cakap sedap, buang air kecil mmg x berbau, badan segar bugar, x mengantuk, badan ringan dan lain2 lagi….lain2 lagi tu korang pk2 la apa yang patut ye…..hahahaha

kacip fatimah – kesihatan dalaman WANITA, kekalkan keremajaan wanita, hindari daripada penyakit jantung, membantu pelancaran peredaran darah, anti-kanser dan melicinkan kulit.

ulasan aku – mmg best, badan segar, x ngantuk, sesedap rasa….

produk ni mmg baru dalam pasaran, ramai yg x tau, jadi skrg aku nk promote la sket kan, klu ada sesapa yang berminat bleh la emel kt aku atau tinggalkan komen kt cni, penghantaran bleh adjust, klu rasa xnk jadi ahli pn rasa la sekotak dulu, klu badan rasa best, jadi la ahli terus….hehehe

pada yang nak, emel aku kt j_liea79@yahoo.com atau tinggal je komen yeeee….

cuba jangan x cuba….pasti puas hati:)

layari:  www.smartherbs4u.com untuk keterangan lebih lanjut…

ahli seumur hidup – RM60 + 1 kotak free, maintain RM44

harga ahli – RM22

bukan ahli – RM30

p/s:  kak ipar n abang aku minum kacip n tongkat ali, alhamdulillah…skrg kak ipar aku pregnant 2 bulan setelah 6 tahun mencuba:)  anak yg bongsu 6 tahun:)  kita berusaha, Allah jua yang menentukan…

Comments (8) »

Protected: Sori, Aku X Berminat…

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Enter your password to view comments.

Perasaan Budak Kecik

Mak aku citer semalam nana emosional bila mak aku tanya abah balik bila…Alahai anak dara aku tu……

– nana, rindu kt abah x??

nana diam pastu kedebum ke katil, mak aku pn solat la ingat xde apa yang berlaku, tetiba dengar sok sek sok sek…

bila mak aku habis solat je, lagi kuat die nangeh tersedu2 sambil tangan dok katup muka…

‘abah…kakak rindu kt abah….abah…abah….balik la cepat…..’

Last2 mak aku pujuk cakap 2-3 hari nanti abah balik ke rumah…

Isnin lepas pn, aku pas pd sorang2 anak aku ckp ngan abah diorang, tapi bila time nana ckp, waktu tu la die kata sakit mata, tangan dok tonyoh kt mata, pastu nampak la airmata sket….

Alahai nana, biar je la ibu je yg sentimental, jgn la nana pn join the club.  Lusa abah balik okeh…..:)

Comments (5) »