Al-Fatihah

Bismillah….

Jgn la aku nangeh buat entri ni…

11 September 2002….tarikh yang tidak mungkin mak, aku dan adik beradikku lupa….iya, tarikh ni arwah bapak aku meninggalkan kami semua di Tanah Suci Mekah tatkala menunaikan umrah bersama mak aku….Bermakna, 6 tahun masa berlalu….

Waktu ni aku pregnantkan nana, baru 5/6 bulan x silap aku.  Adik2 bawah aku, dua2 tinggal ngan aku di Ipoh.  Seingat aku, sblm arwah pergi, memang arwah x banyak cakap.  Bayangkan waktu tu en mat belayar ke sabah / sarawak, arwah x bertanya pn pada aku bila en mat akan balik.  Selalunya, arwah pasti bertanya… Dan, seingat aku, kami berdua ke taiping untuk membeli hadiah perkahwinan azni, kawanku di parit buntar nanti, sewaktu aku hampir siap membungkus hadiah, arwah hanya melihat dan jalan di tepi aku sahaja tanpa bertanya apa2……………………..

Seingat aku, sebelum mak dan arwah berangkat, mak aku sempat berpesan, tempat di mana kad pengenalan disimpan, takut apa2 terjadi.  Dalam hati aku, “bapak punya ic maner????” tp, x tercakap pn…….

Sewaktu mak di Tanah Suci, telefon penghubung antara kami, tp tidak terlalu kerap.  Bila aku tanya, “bapak sihat????” Mak aku jawab, deman selsema biasa je…..Aku pk positif pasal dekat sana mmg cuaca panas….

Seingat aku, mlm tu dekat waktu maghrib, mak aku telefon.  Cakap ngan aku, pastu mak aku nak cakap ngan mat lak….Aku konpius, pasai apa mak nak cakap ngan mat pulak, x pernah aihhhh selama ni nak cakap ngan mat……Bila pas pada mat, mat cuma iya2kan aje, pastu terangguk2 tanda paham.  Tp, bila tengok air mata mat mengalir laju, aku tahu ada something happen yang buruk berlaku……….(Jap, air mata dok bertakung, dah mengalir nie………………)

Bila mat bagitau perkara sebenar, aku nangis semahu2nya.  Aku bagitau adik2 aku……X lama pastu abang2 aku, pak sedara aku semua telefon aku takut benda lain lak jadi kat aku.  Mungkin diorang risau aku tengah pregnant waktu tu…….

Waktu tu aku x pikir apa, yg penting bagi aku mak aku ok kt sana.  Aku risau, bleh ke mak aku sorang2 kt sana, tp ejen yg bawak mak aku ada call cakap di sana diorang akan uruskan semuanya.  Yang boleh aku buat, doa dari sini agar Allah kuatkan semangat mak aku, dan mak aku pulang ngan selamat…..

Aku balik kampung, sehari awal mak aku dijadualkan balik.  Nampak je umah mak aku kt tepeng, aku dh start nangeh balik….Aku tau yg arwah xkan balik kt ctu dah………(adoiiiiii sedih balik la…………)

Aku tunggu mak aku kt umah je, nak siapkan apa2 yg patut.  Jiran sume ada yg datang, siap peluk aku, lagi la aku sedih…………Bila mak aku sampai, lagi la sedih x leh nak cakap kan…….

Malam tu kami semua pakat cari kad pengenalan arwah.  Jenuh cari semua bilik, tiba2 abg aku jumpa sesuatu dalam poket kemeja arwah segala amanat arwah………..Allahuakbar……….Dekat situ, siap tertulis semua no telefon anak2 sedara arwah, segala no akaun bank, segala nombor cukai….Bila arwah tulis, mak aku pn x pasti……….Memang arwah begitu detail orgnya.  Tatkala arwah ada, x pernah arwah susahkan kami……………………………(adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….sob2)

Keesokan harinya, wakil ejen ke Mekah ni datang rumah.  Rupa2nya die cerita, setiap kali arwah ke pejabatnya, pasti arwah tersondol pintu masuk pejabat tu, 3 kali pulak tu.  Dalam hati beliau, mmg dah rasa lain, tp die cuma simpan dalam hati………..

Sblm aku lupa, seminggu sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci, kami ada membuat doa kesyukuran dan bacaan yassin di surau x jauh dari rumah kami.  Tp, nak bermulanya bacaan yassin tersebut, bekalan elektrik taman tu terputus………sehinggalah tamatnya bacaan yassin.  Dan, habis sahaja bacaan yassin dibacakan, letrik ada balik………Mungkin petanda…………………..Hanya Allah Yang Mengetahui………….

Ada masa bila teringatkan arwah, ada kalanya aku nangeh teresak2………..Aku tau arwah xkan kembali.  Hanya doa aku yang mengiringi arwah………….(adoiiiiiiiiiiiiii sedih lagi)  Aku tau, aku x sempat membalas jasa arwah selama ni………………………………..

Al-Fatihah…………….

14 Responses so far »

  1. 1

    @z said,

    alamak, dah bergenang le pulak air mataku….😦

    sabar la..semoga arwah tenang di ‘sana’….

    al-fatihah….

  2. 2

    miss k'chi said,

    ishiskhiskh…sedeynyaaaaa pg2 dh baca tahan nk meraung…sebaik pg2 org xde xperasan………..:’-((((((

  3. 3

    nCT said,

    nanadanny, aku pun jadi x terkata apa baca entry ni. berat mata memandang, berat lg bahu yg menggalas bebanan.

    mmg sedih x terkata kalau aku di tempat nanadanny pun. tahlah, x boleh nak komen dah. sedih sgtttt.

  4. 4

    nanadanny said,

    @z, miss k’chi & nCT – thanx all…
    aku baca komen korang, aku lak yg sedih………coz memahami apa yg aku rasa………

  5. 5

    acu.. said,

    huhu sob2…dah turun macm ujan dah nih..sebaik dlam bilik neh takderk org…:(

  6. 6

    nCT said,

    nanadanny, kalau nak main tag2 orang tu, kat mana nak ambik ha

  7. 7

    nanadanny said,

    acu,
    sodih kan…………uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    nCT – haaa?? main tag??? aku x pandai lor…….p tanya jade die tau kot bab2 nie…hahaha

  8. 8

    acu.. said,

    weh tomeinyer sama lak tuh muka msg2 1 acuan …kikikkiki…tmabh ajiq tuh…aikai pun ader ciri2 jadik pemuda yag encem n kasanova…kiukiukiu

  9. 9

    jade2020 said,

    aku pon naik meremang bulu roma waktu baca pasal letrik takde time baca yasin tu. tetiba rasa semacam je, sayu plak.

    main menatang tag tu, biasanya org yg tag kita kat blog depa..

  10. 10

    nanadanny said,

    acu – 1 acuan???? hahahah lawak la hg…..
    apa kasanova2 nie, jadik baik2 sudah la….:)

    jade – tu la jade, waktu jd tu, aku cuma simpan dlm ati je takut ada benda buruk berlaku, tp x sangka itu mcm satu petanda…
    skrg ni, klu terdetik je apa2 kt dalam ati, aku mesti nak luahkan….coz aku x nak frust lagi………

  11. 11

    Along said,

    uwaaaaa…sedihnyaaa…
    sambil baca sambil teresak2…. sabaq tau, Allah lebih sayangkan dia dr kita.

  12. 12

    nanadanny said,

    along,
    tima kasih………
    ntah la, tahun ni mcm syahdu lak, coz mungkin bln ni bulan posa, x lama lagi nak raya, jd ingatan tu lagi kuat….

  13. 13

    klynda said,

    huhuhuhuhu!!!!!!!

  14. 14

    nanadanny said,

    klynda….
    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: