2nd Day Kursus

Haa kita sambung balik yee..

Pepagi lagi kami kena bangun awal…kononnya kami kena bergerak awal untuk ke Pengkalan Hulu, Perak.  Dalam 8.30 pg, lepas breakfast sume kena beratur kt dpn INTURA tu.  Dalam kami tengah syiok makan nasi lemak pagi tu, kami disapa oleh kakak2 dari J**.  Kebetulan, sehari seblm tu aku terserempak ngan nurul a*****, dan die pn inform kat aku yang kaki die dah jadi sakit pasai masuk gua tu jadi tau la aku, minggu tu org j** pun terlibat sama.  Tp, cara kakak tu aku x berkenan sungguh la.  Menakutkan kitorunk je…kata banyak lintah, teruk msuk ctu, kaki x jejak tanah, air paras leher dan macam2 lagi la.  Siap kondem lagi aku pakai cara mcm kt bwh ni kononnya lagi la pacat suka….(eeiii geram tau).  Kakak tu cakap die pakai tudung tutup leher pn, lintah leh panjat dan gigit leher die apatah lagi dengan cara aku pakai.  Eeiii x memotivasikan kitorang langsung tau!!  Tp, aku explain gak kt kakak tu yg aku pernah masuk gua tu waktu induksi tahun 2000 dulu….

Setelah mendengar coleteh kakak tu, kami pn bersiap sedia untuk beratur.  Bos kami soh buat beberapa barisan dan bermulalah episod kiraan dari 1-6…mcm budak sekolah lak.  Akhirnya terbentuklah 6 kumpulan sumenya,  O sama (group aku tu), sukses, veteran, briabetta, dan 2 group lagi yg teman dh lupa namanya..hehehe

Bermulalah ekspedisi yang mengambil masa dekat 1 jam dari intura ke pengkalan hulu.  Sampai kami kt sana, bacaan doa pun dimulakan.  Rasa dalam hati takut pn ada, wlpn dh pernah lalu kt ctu kita x tau apa yang jadi kan…Perjalanan bermula jam 9.45 pg. 

Kami melalui alam semulajadi yang betul2 indah.  Merentasi anak sungai, naik turun bukit, turun bukit menerusi tali ke kawasan air terjun, dh masuk kwsn air naik lak bukit, dan sampai la kami ke gua itik…ermmm memang x dinafikan ini yang paling adventure coz bila masuk tu kaki ni x jejak bumi dah.  Yang lelaki dah sua tangan main pas dari sorang ke sorang je.  Laju siot sampai kt org last, kitorang nyer pengurus ekspedisi.  Siap soh aku jejak tanah tp aku cakap kaki x sampai die cakap cuba dulu…Rupa2nya kaki dah jejak daaaa siap die bagi curah air lagi kt aku…hahahah.  Tp bukan aku sorang je tau, ramai yg kena cam aku tu…hehehe (cubaan untuk cover line)

Dekat sejam setengah perjalanan, kami sampai di check point yang pertama.  Air teh dan 2 jenis kuih muih dah tersedia untuk dimakan.  Bos lak dah ada kt ctu kondem mana2 org yang nak dikondemkannya…Nasib la kan, sapa yg kena tu..

Setelah sume kumpulan dah makan, kami pn meneruskan perjalanan.  Bos dah ingatkan masuk gua tadi baru intro…Saje je nak nakutkan orgkan…Perjalanan kali ni lagi adventure.  Masuk gua yg memang gelap gelita pada satu2 tempat, cuma ada cahaya lilin yg samar2 je…Kena merangkak tempat yg byk batu sambil tangan meraba2 kt atas takut terkena hakisan batu kan…Tangan ni cuma takut terlepas dari org je coz bila time gelap gelita tu memang mcm org buta…bukak la seluas mana pun mata tu confirm x nampak!!  Dalam gua tu air kadang2 tu ada yang sampai paras lutut…Nasib baik ketua kumpulan aku sporting dan sentiasa mengawasi anak2 buah die nie…

Akhirnya kami nampak dua grup di dpn kami dah bermandi manda kt depan nun…eeeii bestnya, bomba pn dok tunggu kt ctu.  Sblm nak mandi kt ctu kena lak melepasi bwh buluh dan menyelam untuk buat syarat dah melepasi check point ke-2.  Sejuk air kt ctu…dan kami pn mencuci stoking dan kasut yg dah bercampur lumpur dan pasir itu..huhuhu

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan dengan menyusuri anak sungai.  Waktu tu dah pukul 1 petang…ingatkan dh dekat la dengan bas rupa2nya kena panjat lak kawasan bukit pokok2 getah.  Memang tabik spring toing toing kt penoreh2 getah kt ctu coz kawasan yang curam dan berbukit tu langsung x mematahkan semangat diorang untuk cari rezeki.  Dekat pukul 3 baru sampai dkt bas.  Muka masing2 x yah nak cakap la kan…dengan lapar lagi dan kitorang makan kat kedai makan yang telah ditempah dari awal.  Waktu makan tu x yah nak cakap la kan, sume org dok kusyuk makan akibat kepenatan dan kelaparan…hahahah

Yang kitorang frust sesangat tu, ekspedisi ni xde cameraman…X nampak la ke’ekspedisi’an kami kan!!  Yang ada hanya lah gambar kt intura sblm perjalanan bermula…huhu dan sekarang diorang merangcang nak buat ekspedisi ke Taman Negara lak dan nak perbaiki apa yang kami x buat waktu kt pengkalan hulu tu…

Apa2 pn gambar ini aje la yang ada…mmmm sabar aje la

Gambo ini la yang akak tu kata AbIs La AkU kEnA gIgIt ngan P@C@t!!

picture-221.jpg

picture-220.jpg

picture-219.jpg

9 Responses so far »

  1. 1

    jade2020 said,

    ngape kaki tak jejak tanah? air tu dalam ke? atau korang dah jadi angkasawan buleh terapung? atau korang dah jadi hantu takleh jejak tanah? huahuhauhua

  2. 2

    miss k'chi said,

    rocker nyer akak mike nie,hehehe…kalau ada cameraman, rasanya inoi xleh pandang la cameraman tu, hahaha

  3. 3

    nanadanny said,

    jade – chait! haaa mmg sket lagi nk jd antu, takut ooo masuk dlm gua tu, takut tpegang benda lain..huhu

    miss k’chi – baru tau ka…akak brutal maaa…

  4. 4

    nCT said,

    ish x pahamlah pasai pa plak kaki buleh x jejak tanah? boleh bg kepahaman dak julia, sbb aku naik marah

    takut terpegang apa julia?😛 wargahkahaakha ingatkan tali sekali ha ambik kau….

  5. 5

    nanadanny said,

    weh, bahasa apa yg hg pakai nie..
    leh x sapa2 tlg translate sat kepahaman aku tentang ayat ct nie…hehehe tetiba jd blur x phm…

  6. 6

    nanadanny said,

    weh, bila la kite nak jumpa jumpi nie..
    x jumpa lagi baby rifqie ngan arissa tu..
    senang ct hg la jd pengelola, kami joint je…

  7. 7

    nCT said,

    ish tu pun x paham ka, org tanya, pasai pa kaki x jejak tanah? boleh bg pemahaman kat kami dak? sbb aku naik marah baca tp x paham. ish

    pastu aku tanya, takut terpegang apa julia? ish tu pun x paham ka. tp aku pun rasa x paham baca ayat tu, rasanya aku type x abih kot, pastu teruih submit ja.

    ha betoilah, ari tu ada org mai.

  8. 8

    nanadanny said,

    hahaha…sama2 x paham elok sgt la tu, kaki x jejak tanah pasai x sampai la air byk maa…haiya!!

  9. 9

    yanz said,

    haa, tu yg kwn2 aku cite gak, bila nk jln tu, kaki tak jejak tanah, so kita kena ala2 berenang la sket..hehehhe..takot laa pulak psl bulan 5 ni, sapa yg tak p hr tu, kena p plk..hampehh..

    weh korang, lama tak dgr cite..aku pon bz gilos, dgn cuti blk kg la, dgn cuti psl anto ank kt pengasuh baru lah…so bila kita bleh jumpe ramai2 ni haa..btoi ckp julia, x smpt2 nk p tgk baby rifqie n arissa tu…dh besar pon depa..


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: