Sepi

wah tajuk baeeekk punya….

Sebenarnya last week hari rabu en mat kena pergi kursus induksi kt lumut selama 10 hari.  Saper kata x lama, lama tu weh walaupn bukan berbulan2, tp tara nak habis 1 hari, jenuh jugak la aku tunggu tau…hehehe

Hari tu aku amik half day, citer kt bos segala, lepas die angguk je, terus lega, takut gak die byk cakap kan….Lepas kui 2, kitorang gi sg besi dulu, lunch sesama, pastu terus p keramat coz mat tumpang member die.  Jenuh la jugak aku dengar mat bercakap pasni jalan ni, jalan ni, jalan tu, punya la takut aku sesat balik satgi.   Alhamdulillah, aku x sesat barat dan aku rasa aku bukan jenis sesat punya org….warghhhhkakah larikssssss satgi xiana ligan aku….

On the way balik, aku rasa kosong sangat, sunyi je, bawak keta pn mcm xdak perasaan je, sampai la ke exit simpang upm tu, aku tengok laluan untuk touch n go clear, bagus, terus amik kad, tit tit, tetiba tara tangan aku masuk balik dalam kereta, kad aku terjatuh ke bawah.  Bukak pintu keta pn x leh, nampak dah kad tu elok terletak kt atas batu tu.  Van belakang dh hon, pang mau, ingat aku suka2 xnak jalan, dengan muka malu alah aku pn bukak tingkap sebelah cakap kt kaunter….

‘mintak maaf en, kad saya terjatuh kt bawah laaaa’

‘xpe…cik ke depan sket ye…’

‘ok en, tima kasih, minta maaf ye…’

‘xpe…sama2′ (sambil senyum)

lor ish, bleh plak jadi camtu, tengah mamai kan, xpe lah at least adik aku ada kt umah dan mak aku pn mai sabtu lepas, jd xde la aku rasa bosan sangat kt umah tu…hoyeh2

sabtu ni en mat nak balik dah, hari jumaat aku kena p sana coz ada dinner konon beradat tp aku x tau la adat nya mcmn, jgn sudu garpu aku ketang ketung sudah…hehehe

Comments (7) »

Solat

Suatu malam pada jam 10.30….(hahaha macam cerpen lak)

haziq:  mama nak lat..? (lepas die nampak aku amik air semayang)

aku:  alaaa, xpe laa, haziq kan nak tido, kan haziq tengah minum susu tu…

haziq:  (terus bangun dan lap mulut die)  ajiq nak lat ngan mama, ajiq amik adah (sejadah)

aku:  esok haziq solat ngan ibu ye, dah malam ni, tido cepat, td kan haziq dah solat ngan ibu, nanti haziq main2 laaaa, x solat, x doa….

ajiq:  mama……(dengan sora manja) kite olat ama2….

waktu ni, aku tersenyum…..xde dah kata bantahan dari aku, terus aku ajak die solat….hehehe

Comments (2) »

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada coretan di dalam blog ini yg mengguris hati & terlebih bicara…Halalkan makan minum teman yooo….

Kepada kawan2 yg nak balik kampung, berhati2 di jalanraya…selamat pergi dan balik ke destinasi masing2….

Tahun ni kami beraya dekat kuala kangsar, rumah mentua dulu, pagi raya ke-2 baru balik umah mak dekat taiping…

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI….MAAF ZAHIR DAN BATIN…..

DSC00352

‘uncle & untie baik2 bawak kereta tau…’

Comments (2) »

Selamat Hari Jadi Haikal…

Hepi Besday Haikal…..

5 tahun yg lepas, selamat aku lahirkan haikal dan aku rasakan antara ketiga2 anak aku, haikal lah yg paling complicated sekali.  Tiga hari sebelum tu dh masuk hospital coz cirit birit, pastu doktor cakap mungkin kena operate coz baby x gerak sangat, hidung aku kena sumbat apa ntah bagi oksigen masuk, kui 2 pagi mat n family aku x tau pn aku selamat lahirkan haikal coz darah kuar waktu malam….aku pn malas nak call takut sume pakat riso, lepas bersalin plak kena stay lagi kt spital coz demam waktu malam…org kata takut bentan, pastu aku mintak tukar spital tepeng coz senang dekat ngan kampung, waktu ni bersalin kt spital ipoh.  Ubat kt tepeng xdak, aku kena hangkut ubat2 seplastik penuh ke spital tepeng lak, bukan ubat untuk makan, tp untuk cucuk aku……huhu

Sekarang haikal dh besar, seorang yg sentimental, xleh tengok aku nangeh, die pn pakat join sekali, tp biasalah budak lelaki kena sabar lebih banyak…heheh  Seorang yg x suka nak citer lebih2, mungkin die ikut mat kot, coz aku tengok mat dengan aku je cakap byk, tp bila dengan org senyum je lebih….wakaka….ampun bang….!!!

Apa2 pn andai kata suatu hari nanti haikal terbaca entri ni, ibu nak haikal tau yg ibu sayang sangat haikal dan anak2 ibu yang lain….ibu harap sangat haikal dan anak2 ibu menjadi seorang anak yg mendengar kata dan berjaya dunia dan akhirat…amin….

1 084

Haikal nak hadiah ultraman boleh x ibu????

Comments (2) »

7 Tahun Telah Berlalu…

Hari ni genap 7 tahun arwah bapak aku meninggalkan kami semua…Tiada apa yang dapat aku coretkan kt cni pasai bagi aku kehilangan arwah mcm baru semalam je arwah pergi untuk selama-lamanya…..:(

Hari ni aku nak flash back balik kenangan2 aku bersama arwah…Mmg arwah seorang yg tegas, berdisiplin dan yang paling utama tepati masa.  Kalau balik lunch hour mkn dan solat di rumah, kui 1.50 dh p balik ofis.  Seboleh2nya arwah mesti ada kt ofis kui 2 tu.  Perbelanjaan kt umah mmg superb.  Arwah jenis makan x memilih, apa yg mak aku masak arwah akan makan tanpa bersungut…Sampai skrg pn klu kami bercerita mengenai arwah, mak aku pn cakap x pernah sekali pn arwah mengeluh makanan yg dihidangkan…

Arwah jugak rajin tolong mak aku, dulu waktu aku sekolah aku tengok arwah yg tolong mak aku lipat baju sume, lipat mmg kemas mengalahkan perempuan.   Barang2 di dapur pn sume arwah yg tengok apa yg ada dan yg habis…Dan arwah expert masak makanan yg bergoreng, mi rebus n mi bandung…

Keperluan sekolah, mak aku adalah perantara kami adik beradik jika nak kan sesuatu, bukan takut kerana garang, tp takut menyusahkan arwah terpaksa mengeluarkan wang untuk keperluan kami.  Yap, aku rasa kami adik beradik tidak pernah meminta yg bukan2.  Yang aku ingat kami adik beradik mmg bukan jenis yg meminta2, tp arwah tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa…..Yang aku respect sekali mak aku pernah bagitau kt aku, setiap bulan arwah mesti peruntukan rm*** dalam akaun asb arwah, x pernah miss….sehinggakan bila mak aku cakap belilah apa2 yg teringin nak makan, arwah mesti cakap, ”xpe la simpan untuk isteri dan anak2, nanti kalau jadi apa2 senang x payah mintak tolong pada org lain”…………….(sedihnyaaaaaaaaa)

ntah la, susah aku nak cakap…x boleh nak ungkapkan dengan kata2 bila kite dh kehilangan seseorang dalam hidup kite…

aku copy paste kan entry setahun yg lepas untuk kite kenang kembali apa yg aku alami 7 tahun yg lepas….sob2

*******************************

Bismillah….

Jgn la aku nangeh buat entri ni…

11 September 2002….tarikh yang tidak mungkin mak, aku dan adik beradikku lupa….iya, tarikh ni arwah bapak aku meninggalkan kami semua di Tanah Suci Mekah tatkala menunaikan umrah bersama mak aku….Bermakna, 6 tahun masa berlalu….

Waktu ni aku pregnantkan nana, baru 5/6 bulan x silap aku.  Adik2 bawah aku, dua2 tinggal ngan aku di Ipoh.  Seingat aku, sblm arwah pergi, memang arwah x banyak cakap.  Bayangkan waktu tu en mat belayar ke sabah / sarawak, arwah x bertanya pn pada aku bila en mat akan balik.  Selalunya, arwah pasti bertanya… Dan, seingat aku, kami berdua ke taiping untuk membeli hadiah perkahwinan azni, kawanku di parit buntar nanti, sewaktu aku hampir siap membungkus hadiah, arwah hanya melihat dan jalan di tepi aku sahaja tanpa bertanya apa2……………………..

Seingat aku, sebelum mak dan arwah berangkat, mak aku sempat berpesan, tempat di mana kad pengenalan disimpan, takut apa2 terjadi.  Dalam hati aku, “bapak punya ic maner????” tp, x tercakap pn…….

Sewaktu mak di Tanah Suci, telefon penghubung antara kami, tp tidak terlalu kerap.  Bila aku tanya, “bapak sihat????” Mak aku jawab, deman selsema biasa je…..Aku pk positif pasal dekat sana mmg cuaca panas….

Seingat aku, mlm tu dekat waktu maghrib, mak aku telefon.  Cakap ngan aku, pastu mak aku nak cakap ngan mat lak….Aku konpius, pasai apa mak nak cakap ngan mat pulak, x pernah aihhhh selama ni nak cakap ngan mat……Bila pas pada mat, mat cuma iya2kan aje, pastu terangguk2 tanda paham.  Tp, bila tengok air mata mat mengalir laju, aku tahu ada something happen yang buruk berlaku……….(Jap, air mata dok bertakung, dah mengalir nie………………)

Bila mat bagitau perkara sebenar, aku nangis semahu2nya.  Aku bagitau adik2 aku……X lama pastu abang2 aku, pak sedara aku semua telefon aku takut benda lain lak jadi kat aku.  Mungkin diorang risau aku tengah pregnant waktu tu…….

Waktu tu aku x pikir apa, yg penting bagi aku mak aku ok kt sana.  Aku risau, bleh ke mak aku sorang2 kt sana, tp ejen yg bawak mak aku ada call cakap di sana diorang akan uruskan semuanya.  Yang boleh aku buat, doa dari sini agar Allah kuatkan semangat mak aku, dan mak aku pulang ngan selamat…..

Aku balik kampung, sehari awal mak aku dijadualkan balik.  Nampak je umah mak aku kt tepeng, aku dh start nangeh balik….Aku tau yg arwah xkan balik kt ctu dah………(adoiiiiii sedih balik la…………)

Aku tunggu mak aku kt umah je, nak siapkan apa2 yg patut.  Jiran sume ada yg datang, siap peluk aku, lagi la aku sedih…………Bila mak aku sampai, lagi la sedih x leh nak cakap kan…….

Malam tu kami semua pakat cari kad pengenalan arwah.  Jenuh cari semua bilik, tiba2 abg aku jumpa sesuatu dalam poket kemeja arwah segala amanat arwah………..Allahuakbar……….Dekat situ, siap tertulis semua no telefon anak2 sedara arwah, segala no akaun bank, segala nombor cukai….Bila arwah tulis, mak aku pn x pasti……….Memang arwah begitu detail orgnya.  Tatkala arwah ada, x pernah arwah susahkan kami……………………………(adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….sob2)

Keesokan harinya, wakil ejen ke Mekah ni datang rumah.  Rupa2nya die cerita, setiap kali arwah ke pejabatnya, pasti arwah tersondol pintu masuk pejabat tu, 3 kali pulak tu.  Dalam hati beliau, mmg dah rasa lain, tp die cuma simpan dalam hati………..

Sblm aku lupa, seminggu sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci, kami ada membuat doa kesyukuran dan bacaan yassin di surau x jauh dari rumah kami.  Tp, nak bermulanya bacaan yassin tersebut, bekalan elektrik taman tu terputus………sehinggalah tamatnya bacaan yassin.  Dan, habis sahaja bacaan yassin dibacakan, letrik ada balik………Mungkin petanda…………………..Hanya Allah Yang Mengetahui………….

Ada masa bila teringatkan arwah, ada kalanya aku nangeh teresak2………..Aku tau arwah xkan kembali.  Hanya doa aku yang mengiringi arwah………….(adoiiiiiiiiiiiiii sedih lagi)  Aku tau, aku x sempat membalas jasa arwah selama ni………………………………..

Al-Fatihah…………….

Comments (6) »

Alahai Haziq

Sblm aku tulis, aku nak senyum sorang2 dulu…heheh

Aku x nafikan ketiga2 anak aku punya karektor yg berbeza dari kecik lagi, masing2 ada keistimewaan yg tersendiri, nana dengan cara die sbg seorg kakak, haikal ada kalanya sentimental + ganas sket, haziq lak seorang yg lawak….ada je benda yang die buat kitorang ni tergelak.  Disebabkan smlm first time die buat, jd aku nak share kt cni jugak:)

Masuk rumah lepas main kt luar dan basuh kaki, muka die terjengui kt dapur….

haziq:  Mama……

aku:  iye haziq….

haziq:  mama wat ape??? (sambil mata melangut kt atas tengok bekas kt kabinet dapur)

aku:  ibu buat ayam goreng untuk haziq la….kan haziq nak makan….

haziq:  apa???

aku:  goreng ayam…

haziq:  apa???

aku:  goreng ayam haziq….

haziq:  apa??? (sambil kepala buat senget2 plak sambil senyum)

aku:  haaaaziqqqq…..main2 ye….

haziq:  awak ajiq nie….(lawak haziq nie)  terus gelak sambil lari p hall….

adoiii laaaa….geram betui la budak ticik ni klu buat lawak mcm tu, terus terkam die laaaa kan, mungkin dari pagi die x jumpa aku, iye la aku p keje die tido, lunch plak aku x balik pasai cuti sekolah, jd bila dh petang waktu ni la die nak buat sesuatu pun…..heheheh

Comments (12) »

Demam Campak

entri ringkas..

nana pulak kena dmm campak ahad lepas, waktu ni aku kt kg, byk persoalan aku nak tanya wlpn haikal pernah kena tp dulu p klinik sbb kt sarawak, pasai punya nak cepat balik, so kepada sesiapa yg tau, sila jawab, klu x tau, jawab jugak untuk sedapkan hati aku….wakaka

1.  nana x demam, tp minggu lepas die demam panas balik, setengah org kata, dmm dulu, baru campak kuar, ada jugak kes yg demam + kena campak…aku x p kinik lagi, xpe ke pasai org tua2 cakap biar campak tu kuar banyak dulu….

2.  mknn – betul ke x leh ikan yg bersisik, x bergoreng semestinya lah kan, ayam, daging, sotong, udang lagi laaaa, makan tu mau tergaru2 1 hari 1 malam, kena buat masak rebus je….kenkadang buat bubur kt nana, setakat ni die mmg seorang yg berpantang, x banyak songeh, ikut je, setiap kali nak makan apa2 mesti mintak permission aku dulu….Apa lagi makanan untuk org yg sakit cenggini???

3.  x leh mandi – betui ka???? aku mandikan jugak dengan air daun semambu (btui ke aaaa)  cuma aku x bagi die pakai sabun je, x bagi mandi mcm kesian jugak wlpn org kata lap je badan die…

4.  apa pantang2 die???

aku dah tengok sket2 info pasai penyakit ni kt internet, tp klu korang nak share apa yg korang tau, itu lagi baeekkk…..:)

disebabkan nana kena x seteruk haikal, aku x la risau sangat, cuma kenkadang die gatai je, dulu haikal kena dari atas sampai bawah, dekat2 je biji2 tu, kt telinga, muka ketiak kira sume tempat la ada, nak mandikan die pn susah pasai die sakit bila kite tersentuh biji tu…

nana punya lak mcm nak kering, tp biji tu akan tumbuh yg baru x???

eeiii, kenapa la dulu aku x belajar rajin2, bleh jadi dokter…..hahaha motif????

ish, kata entri ringkas, pasai pa plak panjang aku taip nie???

daaaa…

Comments (5) »

Protected: ARAHAN!!!

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Gedegaaaaaaaaaangggggggg….

Haaa sound effect kena real, baru klas!!!

Pagi Jumaat lepas, kebetulan sorang officer kt cni cuti, dah parking kosong aku pn memasukkan keta aku ke kotak parking….tp yg susahnya kt basement aku ni kiri kanan tempat parking org blocking, jd pandai2 la nak adjust masuk keta tu…

Dh menjadi rutin, en mat mmg ajar aku klu masuk parking pastikan x senget benget pasai satgi menyusahkan org kiri dan kanan nak masuk parking.  Bila dah dlm kotak parking, aku pn nak reverse betuikan kedudukan….siap tanya nana lagi keta ada ke x, aku pn siap tengok side mirror kiri, kanan, atas…tp malang x berbau…..gedegaaaaaannnnggg.  Dalam in mind aku waktu tu habis rm500….hahaha

Terus keluar keta…

aku:  minta maaf sangat en, mmg saya x nampak keta en td.  Xpe kalau ada apa2 saya bayar….(sambil mata tengok kt keta org tu)

en:  mcmn awak ni bawak keta…awak x tengok ke…tunggu saya parking keta jap….(sambil wat muka kerek dan terus blok keta org)

aku terus soh nana n haikal p sekolah dulu…disebabkan mcm2 perasaan aku waktu ni, tanpa aku pk keselamatan diorang, buatnya keta tu x nampak anak2 aku ke, lain plak citernya kan….nauzubillah….

bila org tu dh turun keta, siap pegang lagi sisi pintu keta die tu, punya la nak suruh org bayarkan….tp tengok dari mata kasar n guna kanta pembesar pn mmg x dak apa2 pongggg….

en:  mcmn ni??? awak ni mmg la kan….keja *** kan….(sambil mata tengok sticker kt keta….)

aku:  haaa, ***, minta maaf en, skrg ni mcmn, kalau ada kemek ke apa, xpe saya bayar….

en:  bahagian maner ni???

aku:  penguatkuasa….

en:  unit apa???? (muka masih x puas hati, dengan misai tebai nye, eeiii geram aku!!!

aku:  pa tn ***** (sori bos guna nama bos, geram punya pasai)

muka mamat ni dah lain…

aku:  en bahagian maner??? (sambil mata aku tengok nama die)

en:  bhgn pengurusan….saya kesal la cara awak bawak, awak x tengok ke keta ada belakang ke tak, saya kesal la mcm nie….

aku:  Ya allah ya tuhan ku, sumpah demi Allah, saya x nampak keta en, saya dh tengok side mirror kiri kanan, tiba2 keta en kt belakang….

en:  x laaa… mcmn awak bawak keta ni??? (x habis2 org tua ni mempertikaikan cara aku bawak)

aku terus p keta die pastu….

aku:  ok en, klu ada apa2 x puas hati kite bincang kt atas je la, assalamualaikum……….

hati ni toksah cakap la, geram, sket2 sebut kesal, sket2 sebut kesal, hidup penuh penyesalan gamaknya….

tara dok naik tu hati dah dup dap dup dap pasai geram, kasut anak kt sekolah pn aku x sempat nak tengok, punya  pk pasai mamat ni, bising lebih, tp keta xde apa2 pn.  Tengah dok punch tetiba mata aku bergenang….laaaaa terus rasa nak nangeh.  Masuk bilik bos, nasib baik die xde, haaa nangeh dlm tu terus tepon mat, aku citer dari a-z…aku nak klu bleh biar la laki settle ngan laki, klu dengan pompuan, mcm ni la jadinya, nak salahkan kite 120 peratus.  Mat cakap mintak tolong ngan kawan2 dulu, suruh diorang tengok keta org tu mcmn, apa2 hal die mai tempat kejadian…nasib baik hari tu die ada hal kt ofis lama, jadi p keja lewat sket.  Lepas tu terus aku call pa pengurusan tanya mamat gila ni mcmn, malangnya die pn jarang deal ngan org tua tu.  Last2 aku tepon samb die, mintak terus no nset…

aku:  akum en, ****a ni, mcm ni la en, saya dah call asben saya, skrg ni bincang la berdua tengok mcmn…

en:  husband puan kerja apa????

konfius….lantak la keja apa pn, pasai pa plak nak tau laki aku koje apa???

aku:  x kisah la die keja apa pn, yg penting senang deal sesama laki, kalau dengan saya balik2 en salahkan saya jugak…

en:  bukan apa puan…saya kesal dengan cara puan bawak tadi…

aku:  ya allah, benda dh jadi, tp xde apa pn kan…xpe la apa2 hal saya call nset en je nnti….

sblm tu aku mintak no nset die…

aku dan member aku turun bawah dengan sorang officer yg bleh dipercayai, dh pot pet pot pet aku citer kejadian tu, mat pn sampai, tetiba datang plak sorang officer kpp 48 yg kebetulan baru datang, die nasihatkan tunggu apa tindakan org tu, die soh amik gambar, saksi dh ramai, klu die mintak apa2 baru libatkan husband, takut satgi benda jd lebih besar….Last2 kitorang pk biarkan aje, tunggu dan lihat, tp waktu tu mmg aku x puas hati, iye la pk waktu x rasional kan, geram punya pasai…Officer tu tanya gred apa, bila aku kata PAR, terus die senyum dan blah…….

Aku paham maksud officer tu, tp tu la kan, klu betui aku yg salah, aku bayar kite bincang elok2, ni hentam aku sorang je geram tau, eloknya aku cakap je mcm nie.. ” EN, MASALAHNYA KETA EN TU REMUK SEBELAH KE, EN CEDERA PARAH KE????? Tp tu la, dalam keadaan kite yg salah, kite dh minta maaf tp x nak terima tetap nak salah kan kite gak, aku rasa org tu ni mmg nak kena flying kick ngan aku je….

bila naik atas, sume cakap aku x salah pasal aku dalam kedudukan kotak tu, spttnya die yg hati2, aku terpikir gak mesti die nampak lampu reverse aku kan, yg die terus nak jalan apasal…

sampai laaa die x datang jumpa aku, takut aku balas la tu, hari tu mungkin aku x balas pasai aku nervous, tp hari lain die mai serang aku, tau la aku nak hentam die balik….wahhh ayat x bleh blah!!! 

Apa2 pn, buat tuan punya keta kancil putih *F* *6*1, jaga budi bahasa sket, cuba terima UCAPAN maaf dari org lain, buat mcm diri sendiri x salah, mcm bagus sangat, walaupn hg marah, aku sabaq hari tu pasai aku rasa hg org tua, aku boleh balas balik, satgi takut hang yg malu, jd lepas ni bawak keta tu baik2 la sket naaa….

Dan untuk diri aku sendiri, pasni klu bleh kuarkan kepala kt cermin keta bila nak reverse….:)

Comments (5) »

Gugu Gaga Erra

Dh habis pn selasa lepas…

Byk org mempertikaikan rancangan ni, tp bagi aku ok je.  Ntah la, bagi aku klu korang x suka channel tu, amik remote p tukar channel lain.  X payah la pong pang pong pang cakap rancangan ni mcm drama la, PA die mengada2 la, for sure diorang buat rancangan ni bersebab, untuk peminat erra dan untuk bagi jalan citer lagi menarik….ehh!! aku ni mcm peminat erra lak….nak kata fanatik sangat kt erra ni xde la tp seronok tengok muka, penampilan, lakonan dan sikap selamba die tu…

Jadi, malam kelmarin aku bagitau kt haziq, ‘haziq cepat ada gugu gaga erra..’  budak ticik tu pn, ‘baby eya…jom, pat…’ (baby erra….jom, cepat)  sambil tangan gamit2 ajak tengok tv….

Aku suka sangat dengan nama aleesya tu, sedap disebut dan didengar, kenkadang mai otak ting tong aku ni aku panggil haziq, aleesya….wakaka, lepas tu mesti haziq cakap, ‘kan…ajik la’  (bukan…haziq la)

Mlm tu kan banyak kisah pasai aleesya, jadi syiok sangat la haziq ni tengok baby….Part yg best sekali, waktu di akhir rancangan, erra tanya kt aleesya tp guna sora mcm sweet sangat, sapa yg tengok paham la apa yg aku cakap….’aleesya, besar nnt nak jadi apa, jd dokter ye, bleh suntik ayah….’ waktu ni tangan erra cucuk bahu emran.  Asben die plak menyampuk, ‘ x la jadi sinchan….’  erra terus buat aksi tumbuk2 manja kt asben die….eeeiiii rasa sweet sangat waktu tu….

Bila dh abis rancangan, kebetulan en mat kt bilik, aku tanya haziq, ‘haziq suka baby ke?’  Haziq angguk sambil cakap, ‘uka baby’….  Aku sambung, ‘pergi cakap kt abah’….

Terkedek2 la budak ticik ni lari p bilik (aku follow blkg) sambil berkata dgn manja, ‘abah…..nak babyyyyyyy’…..mat plak pandang aku sambil senyum……hahahahaha larikssssssssssssssssssssssssss

Comments (9) »