Archive for Uncategorized

Adik-beradik..

Inilah anak2ku…

Tengok keletah diorang dan perubahan dari hari ke sehari mmg menghiburkan dan tiada kata yg dapat diluahkan..

picture-036.jpgpicture-037.jpgimage054.jpg

p/s:  ghajin benor dok buat update ni bukannya apa…bos xdak nih!! hehehe

Comments (6) »

Tgh sebek..

sedih ye?? lambat sgt buat susu ni..

Comments (2) »

Berpantang

Kite sebagai org pompuan ni byk kena pikir selepas kawin.. Bila dh kawin, ada rezeki pregnant pastu terpaksa berdepan ngan alahan, menanggung kesakitan bersalin (tp sebenarnya itulah nikmat yg x dpt org lelaki rasa) dan akhirnya fuhhh selamat melahirkan baby.  Lepas dh bersalin tu faham2 la amalan berpantang yg bagi aku memula tu rasa ok tp boring gak lelama tu..heheheh.  Yang paling aku suka:-

1.  Makan – memula makan tu mmg sedap sgt benda2 yg kite jarang makan mcm ikan kering, ikan haruan, ikan bilis, ayam goreng dan yg syioknya makan dlm kuantiti nasi yg sket sgt..konon nk kuruih la tu tp huh hangat2 tahi ayam je azam tu…warghkakak bila dh abis pantang 2 3 bln je mkn sket  pas2 hahaha paham2 korang la bila nk kurus pn x tau la..

2.  Tido – Baby waktu ni mmg la x gheti lagi ngan putaran jam ni.. bila siang die dok tidoq punya la nyenyak tp waktu mlm die dok berjaga lak..  Tp tu la bila dok ngan mak ni kite pn disuruh tido mcm baby gak.. Ermm apa lagi tanpa membuang masa siang pn aku zzzzzzzzz…x senonoh betui la..

3.  Mengurut – ini la masa yang aku tunggu sgt..bestnya x tau nk kata la bila ada org dok picit2 badan kita ni. Tp tu la paling kurang 3 ari nk lama pn bleh makcik tu kata tp ongkosnya??? Makcik tu punya sedap mengurut sampai kolumpo ni pn die p umah dato2, tan sri2 bila anak2 depa tu bersalin.. siap pakai pakej lagi mengurut, bertangas, mandikan baby 10 ari 800 hengget..

Yang aku x suka..

X bleh:-

1.  Minum ais – korang tau la kan paberet aku teh ais dan air apa2 pn xpe asalkan letak ais..fuh x tau la nk kata kan kenikmatan ais tu tp tu la benda yg x baguih tu la yg suka sgt. Apa nk jadi la aku ni elok minum air suam je puan…

2.  Kuar rumah – x bleh, dilarang, x digalakkan langsung kuar rumah wlpn depan umah je..Warggggghhh tension rasanya sampai nk p klinik pn mak kata xpe ke satgi pening plak.. Tp bila dpt kuar naik keta wlpn ke klinik dn kinik tu pn bukanlah jauh sgt x sampai 10 minit dh sampai tp rasa mcm kejakunan tu melampau sungguh dn rasa syiok sgt..

DAN

Perasaan -  aku pn x tau la kenapa waktu aku berpantang memula aku ok tp lelama tu based on 3 kali berpantang ni aku cepat sensitip, sedih, marah, benci, x suka, geram sume ada dlm ati aku ni.  Dan menjadi mangsa adalah org2 di sekeliling aku.  Tak bleh org cakap salah sket ati aku mula la nk memberontak..Aku meroyan ke tu aaaa??? Hindarkanlah benda tu dari aku tp mmg aku takut sgt klu nk citer pasai perasaan ni kekadang tu bila dh geram sgt nangeh tu bleh tersedu2..Ishh x tau la aku nk cakap pasai benda ni jadi pada hubby ku …harap phm la apa maksud deeennn ye…hehehe klu x phm lagi blk citer lain. 

Pada org sekeliling yg menjaga aku waktu berpantang tu tima kasih la byk2. Tak tau nk cakap mcmn dgn keletah dua orang anak aku tu yang kadang2 saje mencari perhatian semenjak dh dapat baby ni.  Dan aku x leh nk lupakan pengorbanan mak aku sepanjang die jaga aku bila aku berpantang di kampung.  Terima kasih byk2 mak..( nk nangeh leh x rasa dh meleleh ni ) Minta maaf atas segala2nya…

Tisu…di maner kauuuuuu

Comments (6) »

Anak2 Punya Citer..

haa.. nk citer pasai anak2 aku yg semakin membesar ni.  Satu ari aku nampak haziq dh mula hisap ibu jari kakinya kerana aku tau itu adalah tanda2 si haziq nak dapat adik lagi sorang.  Hai hubby ku, x kesian ka kt teman tp jauh ni klu haziq tu dapat adik lagi dlm masa terdekat ni..Tanpa aku berlengah lagi terus menuju ke haziq dn bermulalah dialog antara ibu dan anak2nya…

ibu:       haziq, buat apa tu..ish xkan nk dapat adik lagi kot..

nana:    ooo..kalau haziq hisap kaki tu dapat adik ke..kakak seronok sgt dapat adik byk2 nnt kakak tolong la ibu …

ibu:      eeiii kan haziq kecik lagi sian kat die..penat la ibu nanti kalau dapat adik lagi..

haikal: haikal pn seronok ibu…

Perbualan terhenti kat ctu sampai satu masa aku nampak kaki haikal dh ada kt dada haziq.. Aku pn apa lagi teruih tjerit mcm tarzan  dkt haikal dan membebel nk bagi haziq pada org.. Kejap ye ada dialog lagi nie..

ibu:   haikal kenapa buat mcm tu?  dh x syg haziq ke..

haikal:  ermm mmg haikal x syg haziq.. ( aku terkedu jap camner nk wat ni, dpt idea..)

ibu:  kalau x syg, ibu hantar haziq rumah makcik kt bawak tu la.. die nak je jaga haziq..

haikal:  hantar la ibu..haikal x syg dh..

kakak:  jgn la ibu, kakak syg haziq ni..  (pandai kakak ni pujuk)

aku pn teruih la menuju ke pintu sambil dukung haziq tu..

ibu:  okeylah, ibu nk turun bawah jap bagi makcik tu jaga haziq..

haikal:  ibu x payah la turun bawah bagi makcik tu..

ibu:  haa… td suruh sgt hantar.  Kenapa haikal cakap mcm tu? x baik tau sian kt haziq..

haikal:  td haikal silap…haikal syg je haziq…

fuh…ayat yg aku x sangka keluar dari mulut seorg budak yg mempunya rasa kasih dn syg pada adiknya…syukur, dan aku harap sangat anak2 aku akan menjaga silaturahim antara adik beradik hingga hujung nyawa kerana itu lah harga sebuah kasih sayang…

Comments (5) »

Percubaan Berjaya..

fuh..x sangka plak akhirnya aku berjaya gak buat blog sendiri kan.  Wlpn nnt mesti org akan kata blog aku ni kosong,  x cantik, ntah hape2 tp pada aku satu perkembangan yg baik apa..hehehe.  Tak sangka lak lepas aku buat ari tu tgk mmg x jadi dn aku pn naik fed up tp tetiba bila bukak ari ni ada lak entry aku ari tu.  Itu la kan, org ada kata jgn putus cinta asa bila buat apa2 pn.. Bila dh jadi kan ke puas ati, seronok, gumbira tp tu la aku kena explore pelan2 memang honestly aku ckp dri dulu mmg aku dok dengki pada member2 yg dh ada blog sendiri nih..hehehe tp dengki untuk kebaikan xpe kan..

kena benti cni dulu…apa2 pn satu percubaan yg baik. Warghhhkakah puji diri sendiri la plak..cayo2..

Leave a comment »

testing testing 1,2,3

ini hanyalah percubaan bagi budak yang baru belajar ye..klu berjaya nnt aku akan explore lagi dan lagi dan lagi…

Leave a comment »

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Comments (1) »