Archive for November, 2009

Hari Penyampaian Hadiah & Kepala Ada Pusar

Haaa 2 tajuk terus, senang x yah byk2 entri….hehe

-Hari Penyampaian Hadiah-

Tadika KEMAS KDN buat hari penyampaian hadiah jumaat lepas.  Nana n haikal awal2 lagi dh booking kitorang nie…hehe punya la nak suruh datang tanpa alasan gitu….:)

Alhamdulillah, keputusan kedua2nya membawa berita gembira buat kami, terharu, perasaan bercampur baur sedih + happy tetapi sebenarnya perjalanan masih jauh, jauh sangat2, byk lagi rintangan dan dugaan yg aku dan mat akan tempuh dalam mendidik mereka.  Aku harap sangat aku dan mat diberi kesabaran yang sangat tinggi waktu2 yang akan datang….Amin

-Kepala Ada Pusar-

Sebelum aku tulis lebih panjang, korang berterus terang je la ngan aku ye, in case ada benda negatif n positif aku terima dengan hati yg terbuka:)

Kepala haikal mmg byk pusar, bg aku xde masalah langsung, x ganggu org n x membawa masalah kepada sesiapa pong.  Masalahnya ‘MAKCIK’ ni tetap memberi masalah pada aku, ada je benda yg die x puas hati ngan aku.  Apa ntah salah aku pn aku x tau, yg aku tau mai ofis, aku dok kt bilik diam2, buat keje sendiri2, org yg rajin mai bilik aku….itu aku suka!!!!!  Xkan die jeles kot!!!!  Haaa kira die jeles la tu kan.  Ok, berbalik kepada citer pusar, waktu ni tengah sembang ngan mat, masuk la makcik ni dalam bilik aku, die tengok haikal terus cakap, ‘byknya pusar budak ni’.  Sblm ni pn cakap benda yg sama, jd aku malas amik tau, aku wat x gheti n terus sembang ngan mat…..

Tibalah waktu nk balik, kebetulan makcik ni sekali lagi masuk bilik aku nak antar surat, makcik ni bersuara lagi, ‘byknya pusar die, eeeiii ada 1, 2, 3, 4….’  Malas nak layan aku diam, terus blah, itu lebih baik….

Haaa siap kira lagi….Klu ikut hati nak je tanya, ada masalah apa2 ke????  Tp bila fikirkan perangai die yg mmg suka mengkacau bilaukan fikiran org, baik aku diamkan aje….

Jadi kepada kawan2 sume, sila jgn fikirkan perasaan aku, sila bercakap jujur ngan aku, klu kepala ada pusar, ada apa2 KAH????

Tima kasih di atas jawapan anda sume untuk rujukan di hari tua…..hahaha

 

Comments (11) »

Cakap Omputih Lebih Org Faham Gamaknya..

Xdak kena mengena ngan aku, cilok org punya…

A:  Sewa umah dah masuk?

B:  Ptg ni saya bank in…

Esok mlm…

A:  Sewa rumah dh masuk?

B:  Mlm ni saya bank in…

Esok petang…

A:  Duit sewa rumah?

Sms tidak berjawab….si C masuk campur, mintak no nset si B ni…esoknya si C ada idea baek punya…

C:  i’ve juz checked maybank2u but un4tunately there’s no transaction till ** nov…i really need ur cooperation 2 this matter….tq

B:  ari ni saya bank in….

dan mmg betullah tghri tu dh masuk akaun….cakap melayu x paham, cakap omputih baru faham, sbnrnya bahasa omputih ni byk tersirat klu ckp melayu konpem terasa…..

morale of the story, ckp la omputih selalu….wakakak….lariiiiiiii

Comments (7) »

Hati Si Abah Pula Tersentuh

Hari:  Jumaat

Tarikh:  6 November 2009

Tempat:  Bangi, Selangor

Telefon berdering…

Abah:  Helo kakak, abah tengah drive ni, nnt abah kal balik…

Nana:  Ok…

10 minit kemudian…

Nana:  Helo abah, kenapa abah x kal balik??

Abah:  Sori kakak, kenapa ni??

Nana:  Abah, kakak nak makan nasi lemak abah boleh ke??  Nasi lemak kakak ibu dh beli tp kakak bagi dekat bibik, td kakak rasa dh kenyang tp skrg mcm nak makan pulak, boleh ke abah??

Abah:  Ok, xpe, kakak makan laaaa…

itu adalah situasi en mat jumaat lepas, bila tanya kt mat apa perasaan bila anak mintak permission mcm tu, mat kata terharu pn ada, sedih pn ada, x sangka die leh mintak izin nak makan…Aku pn berperasaan mcm tu, at least nana ingat pesan kami, klu nak apa2 mintak kebenaran dulu…tp x sangka lak makan pn kena mintak izin…huhu

Comments (6) »

Protected: Stok Geli-Geli

This post is password protected. To view it please enter your password below:

Enter your password to view comments.

Macamana Pulak Bila Dah Besar:)

Perkembangan budak dan kenkadang aku terpk ‘ermmm, x sangka umur mcm ni pn bleh pk sejauh nie….’:)

Dua2 kejadian ni antara aku dan haikal…

Situasi 1

Waktu ni hari minggu.  Lepas aku main masak2 kt dapur, aku nak bagi diorang makan, haikal nak makan lewat sket, xpe la kan, aku pn buat la untuk haziq n nana, biasa la org laki kan bos, ada masa nak tolong die tolong (tp itu kena suruh…huhu) duduk kt sofa, silang kaki baca paper.  Yang haikal tetiba lak nak makan,  jd x concentrate aku nak bagi kt haziq.  Adoiiii sakit nyer jiwa raga bakul sume klu buat2 x dengar ni, terus bagi makan kt haziq laju2, amik plak nasi kt haikal.  Darah menyirap kt kepala, bila x ikhlas bleh plak kuah tu tumpah kan….hehe Last2 dh geram, panggei haikal masuk bilik, makn kt bilik je senang.  Bila tengah makan haikal cakap, ‘ibu, nanti bila haikal dah kawen, haikal tolong je isteri haikal…’ 

Adoiii la terus luluh tau hati aku ni dengar….terus aku peluk die.  Bila hati dh reda aku citer kt mat apa anak die ni cakap, mungkin mat malu, yg bleh die buat hanya senyum je la…..huhu

Situasi 2

Pagi tadi aku cakap kt anak2 aku pergi sekolah kena dengar cakap cikgu, bila dah besar boleh dapat gaji banyak.  Nana tanya, ‘gaji ibu berapa, bos ibu berapa…Aku jawab, ‘gaji ibu 1 ribu je, gaji bos ibu 15 ribu, kakak nak berapa ribu???  Nana dan haikal jawab, ’15 ribu’:)

Aku pn mula la membuat ayat…hehehe ‘klu nak gaji besar, kena la belajar rajin2, besar nanti boleh beli apa je yg nana haikal nak, boleh beli rumah besar, kereta besar, jadi bos….bla bla bla…

Tetiba haikal menyampuk, ‘tp kalau anak2 haikal nak mainan mcmn ibu??? boleh ke haikal beli???  x membazir ke, mcmn haikal nak tau mainan tu boleh beli atau x???

haaa amik…sekali die tanya bertalu2, aku pn sengih je bila die tanya, tp aku jawab ‘nanti bila haikal besar, haikal tau la mainan tu ok ke x, membazir ke x…..bla bla bla….

tp tu la, klu budak umur 5 tahun berpikiran sejauh itu, aku x tau la besar nnt die pk apa plak….hehehe tp ok la, at least die prihatin sangat pada keadaan sekeliling, boleh buat aku sejuk walaupn kenkadang memang menduga kesabaran….normal la tu, nama pn budak-budak kan, lelaki plak tu…:)

Comments (10) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.