Archive for September, 2009

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada coretan di dalam blog ini yg mengguris hati & terlebih bicara…Halalkan makan minum teman yooo….

Kepada kawan2 yg nak balik kampung, berhati2 di jalanraya…selamat pergi dan balik ke destinasi masing2….

Tahun ni kami beraya dekat kuala kangsar, rumah mentua dulu, pagi raya ke-2 baru balik umah mak dekat taiping…

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI….MAAF ZAHIR DAN BATIN…..

DSC00352

‘uncle & untie baik2 bawak kereta tau…’

Comments (2) »

Selamat Hari Jadi Haikal…

Hepi Besday Haikal…..

5 tahun yg lepas, selamat aku lahirkan haikal dan aku rasakan antara ketiga2 anak aku, haikal lah yg paling complicated sekali.  Tiga hari sebelum tu dh masuk hospital coz cirit birit, pastu doktor cakap mungkin kena operate coz baby x gerak sangat, hidung aku kena sumbat apa ntah bagi oksigen masuk, kui 2 pagi mat n family aku x tau pn aku selamat lahirkan haikal coz darah kuar waktu malam….aku pn malas nak call takut sume pakat riso, lepas bersalin plak kena stay lagi kt spital coz demam waktu malam…org kata takut bentan, pastu aku mintak tukar spital tepeng coz senang dekat ngan kampung, waktu ni bersalin kt spital ipoh.  Ubat kt tepeng xdak, aku kena hangkut ubat2 seplastik penuh ke spital tepeng lak, bukan ubat untuk makan, tp untuk cucuk aku……huhu

Sekarang haikal dh besar, seorang yg sentimental, xleh tengok aku nangeh, die pn pakat join sekali, tp biasalah budak lelaki kena sabar lebih banyak…heheh  Seorang yg x suka nak citer lebih2, mungkin die ikut mat kot, coz aku tengok mat dengan aku je cakap byk, tp bila dengan org senyum je lebih….wakaka….ampun bang….!!!

Apa2 pn andai kata suatu hari nanti haikal terbaca entri ni, ibu nak haikal tau yg ibu sayang sangat haikal dan anak2 ibu yang lain….ibu harap sangat haikal dan anak2 ibu menjadi seorang anak yg mendengar kata dan berjaya dunia dan akhirat…amin….

1 084

Haikal nak hadiah ultraman boleh x ibu????

Comments (2) »

7 Tahun Telah Berlalu…

Hari ni genap 7 tahun arwah bapak aku meninggalkan kami semua…Tiada apa yang dapat aku coretkan kt cni pasai bagi aku kehilangan arwah mcm baru semalam je arwah pergi untuk selama-lamanya…..:(

Hari ni aku nak flash back balik kenangan2 aku bersama arwah…Mmg arwah seorang yg tegas, berdisiplin dan yang paling utama tepati masa.  Kalau balik lunch hour mkn dan solat di rumah, kui 1.50 dh p balik ofis.  Seboleh2nya arwah mesti ada kt ofis kui 2 tu.  Perbelanjaan kt umah mmg superb.  Arwah jenis makan x memilih, apa yg mak aku masak arwah akan makan tanpa bersungut…Sampai skrg pn klu kami bercerita mengenai arwah, mak aku pn cakap x pernah sekali pn arwah mengeluh makanan yg dihidangkan…

Arwah jugak rajin tolong mak aku, dulu waktu aku sekolah aku tengok arwah yg tolong mak aku lipat baju sume, lipat mmg kemas mengalahkan perempuan.   Barang2 di dapur pn sume arwah yg tengok apa yg ada dan yg habis…Dan arwah expert masak makanan yg bergoreng, mi rebus n mi bandung…

Keperluan sekolah, mak aku adalah perantara kami adik beradik jika nak kan sesuatu, bukan takut kerana garang, tp takut menyusahkan arwah terpaksa mengeluarkan wang untuk keperluan kami.  Yap, aku rasa kami adik beradik tidak pernah meminta yg bukan2.  Yang aku ingat kami adik beradik mmg bukan jenis yg meminta2, tp arwah tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa…..Yang aku respect sekali mak aku pernah bagitau kt aku, setiap bulan arwah mesti peruntukan rm*** dalam akaun asb arwah, x pernah miss….sehinggakan bila mak aku cakap belilah apa2 yg teringin nak makan, arwah mesti cakap, ”xpe la simpan untuk isteri dan anak2, nanti kalau jadi apa2 senang x payah mintak tolong pada org lain”…………….(sedihnyaaaaaaaaa)

ntah la, susah aku nak cakap…x boleh nak ungkapkan dengan kata2 bila kite dh kehilangan seseorang dalam hidup kite…

aku copy paste kan entry setahun yg lepas untuk kite kenang kembali apa yg aku alami 7 tahun yg lepas….sob2

*******************************

Bismillah….

Jgn la aku nangeh buat entri ni…

11 September 2002….tarikh yang tidak mungkin mak, aku dan adik beradikku lupa….iya, tarikh ni arwah bapak aku meninggalkan kami semua di Tanah Suci Mekah tatkala menunaikan umrah bersama mak aku….Bermakna, 6 tahun masa berlalu….

Waktu ni aku pregnantkan nana, baru 5/6 bulan x silap aku.  Adik2 bawah aku, dua2 tinggal ngan aku di Ipoh.  Seingat aku, sblm arwah pergi, memang arwah x banyak cakap.  Bayangkan waktu tu en mat belayar ke sabah / sarawak, arwah x bertanya pn pada aku bila en mat akan balik.  Selalunya, arwah pasti bertanya… Dan, seingat aku, kami berdua ke taiping untuk membeli hadiah perkahwinan azni, kawanku di parit buntar nanti, sewaktu aku hampir siap membungkus hadiah, arwah hanya melihat dan jalan di tepi aku sahaja tanpa bertanya apa2……………………..

Seingat aku, sebelum mak dan arwah berangkat, mak aku sempat berpesan, tempat di mana kad pengenalan disimpan, takut apa2 terjadi.  Dalam hati aku, “bapak punya ic maner????” tp, x tercakap pn…….

Sewaktu mak di Tanah Suci, telefon penghubung antara kami, tp tidak terlalu kerap.  Bila aku tanya, “bapak sihat????” Mak aku jawab, deman selsema biasa je…..Aku pk positif pasal dekat sana mmg cuaca panas….

Seingat aku, mlm tu dekat waktu maghrib, mak aku telefon.  Cakap ngan aku, pastu mak aku nak cakap ngan mat lak….Aku konpius, pasai apa mak nak cakap ngan mat pulak, x pernah aihhhh selama ni nak cakap ngan mat……Bila pas pada mat, mat cuma iya2kan aje, pastu terangguk2 tanda paham.  Tp, bila tengok air mata mat mengalir laju, aku tahu ada something happen yang buruk berlaku……….(Jap, air mata dok bertakung, dah mengalir nie………………)

Bila mat bagitau perkara sebenar, aku nangis semahu2nya.  Aku bagitau adik2 aku……X lama pastu abang2 aku, pak sedara aku semua telefon aku takut benda lain lak jadi kat aku.  Mungkin diorang risau aku tengah pregnant waktu tu…….

Waktu tu aku x pikir apa, yg penting bagi aku mak aku ok kt sana.  Aku risau, bleh ke mak aku sorang2 kt sana, tp ejen yg bawak mak aku ada call cakap di sana diorang akan uruskan semuanya.  Yang boleh aku buat, doa dari sini agar Allah kuatkan semangat mak aku, dan mak aku pulang ngan selamat…..

Aku balik kampung, sehari awal mak aku dijadualkan balik.  Nampak je umah mak aku kt tepeng, aku dh start nangeh balik….Aku tau yg arwah xkan balik kt ctu dah………(adoiiiiii sedih balik la…………)

Aku tunggu mak aku kt umah je, nak siapkan apa2 yg patut.  Jiran sume ada yg datang, siap peluk aku, lagi la aku sedih…………Bila mak aku sampai, lagi la sedih x leh nak cakap kan…….

Malam tu kami semua pakat cari kad pengenalan arwah.  Jenuh cari semua bilik, tiba2 abg aku jumpa sesuatu dalam poket kemeja arwah segala amanat arwah………..Allahuakbar……….Dekat situ, siap tertulis semua no telefon anak2 sedara arwah, segala no akaun bank, segala nombor cukai….Bila arwah tulis, mak aku pn x pasti……….Memang arwah begitu detail orgnya.  Tatkala arwah ada, x pernah arwah susahkan kami……………………………(adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….sob2)

Keesokan harinya, wakil ejen ke Mekah ni datang rumah.  Rupa2nya die cerita, setiap kali arwah ke pejabatnya, pasti arwah tersondol pintu masuk pejabat tu, 3 kali pulak tu.  Dalam hati beliau, mmg dah rasa lain, tp die cuma simpan dalam hati………..

Sblm aku lupa, seminggu sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci, kami ada membuat doa kesyukuran dan bacaan yassin di surau x jauh dari rumah kami.  Tp, nak bermulanya bacaan yassin tersebut, bekalan elektrik taman tu terputus………sehinggalah tamatnya bacaan yassin.  Dan, habis sahaja bacaan yassin dibacakan, letrik ada balik………Mungkin petanda…………………..Hanya Allah Yang Mengetahui………….

Ada masa bila teringatkan arwah, ada kalanya aku nangeh teresak2………..Aku tau arwah xkan kembali.  Hanya doa aku yang mengiringi arwah………….(adoiiiiiiiiiiiiii sedih lagi)  Aku tau, aku x sempat membalas jasa arwah selama ni………………………………..

Al-Fatihah…………….

Comments (6) »