Itulah gambaran keadaan aku skrg ni…minggu lepas mmg mencabar minda dan anggota badan aku..meh kite kongsi bersama2 kepenatan nieh….yiehhaaaa
sabtu – plan pi zoo, pg tu terus breakfast je kt luar. Selalu masak pagi dulu tp disbbkan kejar masa konon x nak kuar waktu panas sangat jd kui 10.15 kami dh ada kt sana. Lgpn tahun lps kami x sempat nak tengok singa laut buat show, jd jln laju2 tengok binatang, terus p tmpt show coz mula pukul 11. Best la jugak, haziq pn tepuk tangan bila tengok singa laut tu tepuk tangan….hehehe
ahad – bangun pagi bdn haikal panas, lps minum susu elok plak duduk kt sofa tu, pastu uwekssssssss….haaa kan dah muntah, die ni klu nak muntah mmg main terus je, nana n haziq bleh plak bagitau, yg si haziq lagi la siap tutup mulut klu nak muntah pastu terus p kt dapur….adoi la kan dah berbau satu rumah tu, jenuh aihh dok spray selalu…Makan ubat lama dulu, bila petang ok dh, start malam panas balik….
isnin – amik el, bwk haikal p klinik..Jenuh plak die ni nak makan ubat, bayangkan hari tu die bleh nak makan ubat 4 jenis tapi amik masa dekat 1 jam…..pastu jenis makan ubat sket2, minum yang banyak…mmg menaikkan kemarahan betui la, last2 suruh bibik bg makan ubat tu, elok plak die makan. Tau la nak manja dengan omak nak oiiiii….
selasa – haikal cuti, p koje mcm biasa, ptg tu mata nana dh mula kecik, bila check sohih budak ni plak demam, bagi ubat haikal dulu. Sapu ngan air ais kt badan nana tp ais tu cepat je cair coz badan die mmg panas sangat…Mlm tu aku tido ngan nana, kui 1 baru nak lena, kui 3 nana dh kejut die cakap tolong sapu ngan air ais kt badan die, die cakap badan panas sangat…bila pegang mmg pn, kt kaki, bdn, kepala apatah lagi, panas yang amat sangat, klu p spital sure kena jirus ngan air ais ni. Tara dok sapu badan nana, siap lagi die ni bersembang2 pasai haikal dan haziq, aku cakap kui 3 pagi ni, kakak pejam je mata tu, esok kite sembang lagi, sambil tangan die dok elok je terletak kt atas badan tu, kepala aku dh pk negatif, aku tarik tangan nana bagi lurus, die tetap nak buat mcm tu, sampai aku cakap satgi darah susah nak jalan baru la nak buat lurus balik….waktu tara nak tido, aku pk mcm2, klu jd apa2 kt anak aku….nauzubillah, mula la airmata aku mengalir dalam diam, tp nana tersedar, die plak boleh tanya aku, ‘kenapa ibu nangeh????’ adoiiii tolong……
rabu – haikal dh p sekolah tp nana plak kena cuti, aku p lewat sket ke ofis, bawak nana p klinik dulu, tp kui 9 aku dh ada kt ofis….bleh??? Mmg bleh aku naik rumah dulu, bagi nana makan n ubat segala, tp bila memikirkan takut nnt haziq merengek2 nak ikut, jd baik aku batalkan aje niat tu….Balik petang tu, muka nana kemerahan lagi, mmg panas betui la deman die kali ni…Malam tu, haziq plak berjangkit, diam monyok je, baring dan x banyak cakap…Still bagi ubat yang sedia ada kt umah…
khamis – serba salah nak p ofis atau x. Nasib baik mat cuti sampai selasa coz mtd ngan universiti pertahanan tu ada kes H1N1. Jadi bleh la die tengok2kan haziq sket. Tp dekat tengahari mat cakap haziq x nak makan, asyik merengek manjang, xpe lah aku pn amik half day petang tu kebetulan plak adik aku kt sarawak balik, bleh la aku sediakan apa yg patut…
jumaat – masak pagi untuk adik aku n org umah…hehehe terus p ofis, tp adik aku pas breakfast kuar gi kl, diorang tido umah kak asben die plak, pakat berkampung kt situ coz adik laki nak kawin….Malam tu family abg aku dari penang plak mai, itu pn dekat jam 12 baru sampai, sembang2 sket, minum2 terus masuk tido……
sabtu – sediakan breakfast, haziq moody, nak kt aku je, abg aku kt kui 11.30 dh kuar gi shah alam plak coz kak ipar aku ada reunion kt sana, dkt kui 12 x sempat nak masak lunch apa, aku ajak mat p kinik bawak haziq, habis la vontot haziq telah dimasukkan ngan ubat demam tu, biar kebah cpt sket, sora pn naik rock dh, byk kahak kt tekak tu. Terus bli nasi ayam untuk budak2 kt umah tu, diorang x ikut, tp bila aku sampai kt umah kat 1 lebih, anak2 aku pakat lena….alahai, sian plak aku tengok, x sempat makan lagi, dkt kui 3 aku kejut plak budak2 ni makan….terus masak untuk tetamu yg bakal datang lak….
Nak tau sape yg datang….MIL aku tau, jadi bertungkus lumus plak aku masak ptg tu untuk makan malam. Ptg tu aku soh mat p bli sate ngan roti john je, senang sket….Dekat kui 6 lebih, diorang pn sampai, mlm plak diorang kuar p dataran kt masjid putra tu, aku x p coz haziq dok lena…..heheh
ahad – pagi tu masak breakfast plak, dkt kui 11 diorang nak kuar plak, sume pakat p kecuali aku, bibik n haziq, aku spt biasa kena masak, haziq plak lena pas makan ubat segala. Dkt kui 2 baru diorang sampai umah, ptg lepas asar baru diorang balik ipoh…
Penat aku ni x abis lagi la….lenguh badan segala, rasa meriah je ramai org datang umah ni, siap nana cakap lagi, ‘acik datang hari kamis balik jumaat, mak long datang ari jumaat balik sabtu, opah abah datang hari sabtu balik ahad………..’ haaa gitu lah kekdahnya….
Bleh x nak balik tido………..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz