Archive for May, 2008

Geram Banget

ish..x tau nak bagitau perasaaan ni lagu maner…

punya la susah aku nak dapat benda ni…

senang2 je bibik tu rosakkan…

pastu x mengaku lagi tu…

memang menyakitkan hati tau!!!

Kisahnya begini…

Mlm tadi aku charge nset aku.  Letak atas meja.  Mak dan suami aku elok je makan atas meja tu…x jadi apa2 pn pada nset aku.  Waktu kitorang tengah tengok diari akademi fantasia, bibik aku pn kemas meja makan tu.  Sblm ni pn dah perati dah bibik ni, die ni suka skodeng gak, sambil wat keja mata melilau tengok tv.  Bygkan waktu basuh pinggan tu, air menderu je laju, tangan konon sambil gosok pinggan tu, tp mata hala kt tv.  Geram x???

Nak dijadikan citer, tangan bibik ni konon lap meja la, padahai mata tengok tv tu.  Mat dan aku pandang sesama sendiri la.  Tetiba “gedegangggggg”!!  Selamba rock je bibik ni kutip nset aku yg dh terkeluar sume benda alah dalam tu.  Aku ngan mat terus terkejut ‘ya allah’.  Mat terus amik nset tu, tp bibik ni x cakap apa terus blah ke dapur.  Aku pn mula la bebel kan….

aku:  bibik, td masa lap meja tu mata tengok tv ke?

bibik:  x sangaja, sudah jatuh…

aku:  mata tu tengok tv ke? (tanya kali ke-2)

bibik:  saya lap, lepas tu jatuh…

aku:  x…..saya tanya lap meja tu mata tengok tv ke????? (kali ke-3)

bibik:  lap terus jatuh….

Masih tidak mengaku…..mula la hati ni panas kan, klu tanya die minta maaf ke, mengaku ke, aku x la bara sangat.  Tp, bila x ngaku ni mula la hati geram gilos….Bayangkan dalam bilik tido, aku ngan mat still bicara pasai nset ni.  Dah la nset ni baru je mat kasik sebagai birthday present, ada la sbln lebih.  Nset x lah canggih maner tp keluaran mula2 dulu aku dah aim nak sangat nset motorola ni dan tahun ni mat bagi kat aku.  Aku mesti la sayang gilos kan!  Asai anak2 aku nk pegang pn aku pesan byk kali bebaik ngan nset tu. Bila tutup nset ni pn, soh tutup pelan2.  Nset lipat la katakan…. 

Pg tadi, dalam ketidakpuasan hati aku nak tengok hati budi bibik ni mcmn, aku tanya sekali lagi kt die.  Aku nak tengok die nak mengaku ke tidak…dan berlakulah dialog di pagi hari…

aku:  ni saya nak tanya, mlm td sebenarnya mata bibik tu tengok tv ke waktu lap meja tu?

bibik:  saya lap terus jatuh…

(dlm hati mmg geram dah)

aku:  kalau mata bibik x tengok tv, bila lap meja ada nset tu mesti la bibik angkat nset saya tu…(sambil demo lagi) xkan la nampak nset tu terus lap sampai jatuh….

bibik:  ‘terdiam’

aku:  nak ngaku ke x ni?

bibik:  iya saya salah…sudah nasib saya….

aku:  bukan kira nasib x nasib.  kalau buat keja betul2 x la jadi mcm nie…(haaa kan dah aku bebel)

mlm tadi gambar kt skrin tu langsung ilang….dan ptg ni NO SERVICE okeh!!! maknanya nset aku dh rosak!! Arggg sgt geram…ohhhh terlebih sudah…(gaya stacy) haaa kan dah bebel pepetang ari nie….Urwarghh tension nya haku…..

p/s:  mmg la nset ni ada guarantee, tp dalaman die kite x tau mcmn kan….huhuhuh:(

 

Comments (7) »

va va va…

alhamdulillah…

jpa menaikkan elaun untuk PA…wlpn sedikit kenaikan, tp bagi kakitangan bawahan mcm aku, aku tetap bersyukur….

tq tan sri n sume ahli2 mesyuarat yg terlibat…:)

 

Comments (4) »

3 in 1

Hohoho…mcm iklan horlick ajo!!! Tp, tajuk apa aku wat nie??? Mcm nescafe / milo lak..:) X kisah la, janji x x kaco sape2 kan…

Ish, lama sungguh aku x test skill kepantasan menaip kt cni kan, citer citur kt cni, bukannya apa sbnrnya minggu lepas aku gi langkawi, p kursus anjuran sykt dato’ fazilah kamsah.  Tajuknya mmg x bleh blah tau, Setiausaha Anggun Berprestasi Cemerlang.  Mmg balik daripada kursus tu, aku rasa lain sgt.  Pasai topik2 yang dibicarakan memang pasai keperibadian dan bukan fokus untuk melakukan tugas sbg PA semata2.  Ibaratnya mcm pembersihan hati / jiwa gitu…hehehe

Daripada kursus tu, aku tau byk benda lagi yang aku patut ubah.  Wlpn ada certain yg aku dh buat, tp ada setengah2 perkara aku kena improve dan buat mana yg aku x buat contohnya:-

- maafkan org, sentiasa berterima kasih, mendoakan kesihatan org, menceriakan org sekeliling dan mcm2 lagi…..

Ok, skrg ni aku nk citer satu kisah kt dataran putra. Kt kawasan bwh tu kan ada playground.  Kitorunk baru je sampai, tiba2 nampak sorang budak ni tengah nangeh dan tercari2 mak ayah die.  Dan dalam kepala otak aku mesti mak bapak budak ni pun tercari2 anak die kan.  Dan sebagai warga Malaysia yg prihatin, ada sorang lelaki ni tahan budak tu dan tenangkan die.  Wife die lak terlari2 ke bawah, mungkin cari guard yg boleh membantu.  Waktu tu ramai dah kt budak tu untuk redakan keadaan.  Bila guard dah sampai, tetiba dengar sora org panggei satu nama…..oooo, rupanya bapak budak ni.  Ok la kan, aku perati je apa tindakan bapak budak ni.  Lepas budak tu pergi kat die, tanpa berterima kasih pada org2 yg selamatkan anak die dari p merayau entah ke mana, boleh plak die tengking2 budak tu, marah2 budak tu, salah2kan budak tu, kononnya budak tu yg sengaja menghilangkan diri.  Ish, heran aku, sepatutnya, die menenangkan budak tu supaya lepas ni jgn pergi main jauh2 ke, tengok mak ayah ni kt maner ke, nasihatkan budak tu, jgn dok main taram aje….budak tu apa tau!!!!  Pada aku, yg salah tetap mak bapak dalam kes ni.  Bila dah hilang satgi baru kite nak melopongkan!!  Aku x salahkan mak bapak di luar sana yang mmg kehilangan anak tu.  Pasai kes yang ni berbeza.  Aku tengok bini mamat ni leh diam dan tengok je bapak budak ni marahkan anak die.  Budak2 mmg agresif, kite yg kena ajar apa yg boleh dan x boleh, dan kena explain satu persatu.  Dan, apa yang aku kesalkan, xde langsung perkataan terima kasih keluar daripada mulut mak bapak budak ni.  Susah sangat ke nak ucap perkataan tu???  Entahlah, masih ada lagi mentaliti masyarakat M’sia ni yg susah sgt nak ucap dua perkataan mudah tu, mungkin malu untuk berkata atau atas dasar apa aku x pasti, tp yg pasti ego lelaki itu terlalu tinggi kerana org yg sepatutnya menerima ucapan itu setelah menyelamatkan anak lelaki itu tamat dan berhenti setakat itu saja setelah bapaknya menjumpai anaknya….Entahlah, tepuk dada, tanya hati, hati berkata itu lah yang terluah….senang kata, tepuk dada tanya iman lah….hehehe

ok, tamat…. sekian, untuk hari ini… (clap, clap, clap)

 

Leave a comment »