Archive for December, 2007

Azam Tahun Baru 2008

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2007…banyak kenangan tahun nie…

Sebenarnya tahun-tahun yang lalu pn memang berazam tapi x beriya-iya sangat tau, tp kali ni insyaallah nak buat betul-betul…tolong doakan aku sama ek!!!

Azam aku:-

1.  Menjadi seorang isteri yang baik pada en. mat ( x nak lawan2 dah…tp bila lawan baru meriah idup ni kan!! klu x mcm jadi baik je…hehehe..eloooo, ni nak jd baik ke x nih!! panggggg!!!! Insyaallah, betul ni bila mat cakap, aku nak senyum dan teruih buat apa yang disuruh…heheheh (chait, ni pasai apa sengeh ni…azam kena betui la!!!)

2.  Jadi ibu yang baik pada anak2 aku..( rasanya selama ni pn dh ok cuma x nak berleter dan marah2 lagi pada diorang, aku akn cuba gunakan cara psikologi paling baik untuk anak2 aku nie…rasanya diorang terkezut x bila ibu diorang ni jadi mcm nie…heheheh )

3.  Jadi kakak dan anak yang baik pada family aku...( ini pn rasanya dh ok cuma nak lebih baik lagi…echeeeehhh puji diri sendiri nampak…warghhhkakah )

4.  Jadi seorang pekerja yang lebih bagus, lebih berdisiplin, lebih cemerlang dan terbilang pada bos, pegawai atasan dan kawan-kawan kat opis nie… ( fuh, semangat waja betui la…hahahah) dan menjadi seorang pekerja yang boleh memberi komitmen pada sesiapa pongg…. (lebih lagi dan lagi..dan lagi…(cheh mcm bateri la plak)

5.  Sentiasa berfikiran positif dan terbuka dalam setiap perkara yang terjadi… (jgn cepat tersentak woookehhhh)

Rasanya sume org berazam cuma beriya atau tidak dan perkara ini semestinya terjadi kat aku jugak…Harap2nya aku leh buat apa yang aku azamkan…

p/s:  En. Mat, sila pantau azam isterimu ini ye…hehehe

+an…tidak mahu mengungkit perkara yang lepas…benda dah nak jadi, nak buat lagu mana kan..so, let it go ok….

Comments (2) »

Epi 6th Anniversary

6 tahun yang lalu….(echehhh)

En. Mat diakadnikahkan oleh tok kadi kt masjid kamunting taiping…Alhamdulillah, walaupun banyak rintangan dan dugaan yang datang, kami masih bersama…(fuh, dalam ayat nih!!)

Dan, pagi tadi En. Mat telah menghantar sms yang x terjanggal akalku…Terkejut??? (buat2 terkezut la konon…heheheh)

Cuma En. Mat menyatakan hadiah akan diberi kemudian…

Wahai hasbenku yang terchenntaaa…bukan hadiah yang lebih bermakna (tapi, bermakna la jugakkan..hahaha) tp yang lebih penting, kejujuran, keikhlasan dan hati budi yang paling penting dalam hubungan suami dan isteri nie…(x gitu sayang…heheheh)

p/s:  Tetiba x sabar lak nk tau en mat ni mau kasi apa…hehehe

Comments (6) »

Di Penghujung Tahun 2007

Banyak perkara yang berlaku tahun 2007 nie..suka, duka sume ada dan itulah kehidupan namanya…Kehidupan yang perlu kite tempuh dalam meneruskan hasad yang masih ada…echeehhh bermadah la plak…hahaha

Antara perkara yang gembira:-

1.  Melahirkan haziq, anak ke-3 kami…syukur pada Allah atas ketiga2 anak kami ini..

2.  Bertukar ke Putrajaya, tempat lama aku berkhidmat dan di sini jua aku kembali…(lama ke??? hehehe)

3.  Dapat kuarters di sini…Alhamdulillah klu tak jenuh gak nak cari rumah sewa…

4.  Keletah anak2 yang semakin celoteh x tau nak kata dah…

5.  Dapat penyewa rumah yang setakat ini x pernah kantoi lagi bayar…hehehe (income tuh)

6.  Dapat jenjalan byk2…kt prk dulu limited la tempat die so kt cni, jom jln2….

7.  Dpt buat blog nie..best wooo at least dpt curahkan apa2 kt cni yang terpendam di hati..

Dah penat pikior dah, kite p perkara yang x besh lak:-

1.  Suasana kerja yang ada kala pasang surutnya…tp skrg nampaknya dah kurang sket mungkin aku pn dh tunjuk belang kot!! hehehe

2.  Org yang kite percaya rupa2nya ada udang di sebalik batu…x sangka sungguh la!! (sapa org tu ek???)

3.  Suka mengungkit perkara yang dah lepas…(mcmn aaaa nak ubah sikap aku yg 1 nie) anyone can consult me???

4.  Dah kurang balik kg…sodihnya rasa ati.  Klu kt prk at least sbln 1 @ 2x kitorunk mesti balik tepeng…Xpe, tunggu haziq beso sket, nnt kite balik sokmo naaa bang….

itu je kot…otak ni blur sekejap..ooo bukan2 sebenarnya tuan nyer blog ni tengok jam sudah kui 1.45 donggg…mau p buat apa2 yg patut lak…traaaaa

Comments (10) »

Nasib Baik

Klu diikutkan pemanduaan org2 di Malaysia ni sungguh menakutkan…

Dengan cara yang pelbagai aku tengok..Walaupun aku dah ada lesen penuh tp aku akan rasa takut gak setiap kali taim bawak keta.  Kenkadang kemalangan tu bukan disebabkan kecuaian diri sendiri tetapi akibat kelalaian org lain.

Macam2 cara pemanduan aku tengok, bwk laju speed siot, bwk slow lak pn ada tapi rupanya ada drama disebalik tue, ke kiri kanan x buat signal, nak exit maner2 terlalu slow, bila kuar dari simpang nak masuk jalan pn pakai masuk je x tgk ada keta ke xde, pakai nset tanpa guna nfree, merokok satu hal, ishhh mcm2 la dan kejadian semalam sungguh menakutkan aku…

Tengah aku follow satu keta ni untuk cari parking dan tempat tu agak berbukit sket, dan kebetulan ada satu parking di sebelah kanan nie..  Keta depan ni dh ke depan mungkin terlepas pandang parking ni dan die baru terperasan gamaknya, teruih die reverse tanpa tengok side mirror kiri dan kanan tau…sedap je die undur.  Undur punya undur dalam ati aku die ni die x perasan ke aku kt belakang ni, laju lak tu cara reverse tu.  Last2 saraf-saraf aku bertindak balas dan berlakulah tindakan refleks kt tangan ni lantas teruih menekan hon keta aku tu…Haaa kan dah tertekan hon.  Aku ni bukannya apa, cukup x suka nak hon2 org ni.  Tp dah terpaksa kan.  Orang depan ni baru la nk tengok side mirror tu dan teruih terberenti.  Baru die perasan kot ada keta kt belakang.  Haa nasib baik la klu x sohih la enjin keta aku tu berdentum ngan belakang keta tu.  Sungguh menakutkan je tp aku x rasa marah pasai org tu angkat tangan mungkin nk minta maaf la gamaknya sambil tersenyum…(Die tau salah kot…heheheh orang lelaki tau so kepada org2 lelaki di luar sana tidak sume kesalahan pemanduan ni hanya pompuan je buat salah kan..hahaha)

Bagi aku kejadian semalam memang aku bernasib baik…klu x mesti aku berurusan ngan banyak pihak lak lepas tu……Jadi, hati2 la ye bila bawak keta tu…

Comments (7) »

Family Day

Family Day Jabatan aku telah diadakan pada hari sabtu yang lepas di kompleks kejiranan presint 16 ni… Walaupun dibuat di putrajaya sahaja, tp bagi aku yang first time join family day kt cni mesti aku excited gilos kan!! Hehehe

Sesampai je aku kt tempat yang ditetapkan terus la aku mendaftarkan diri dan mengambil cabutan bertuah. Ermmm ok gak coz aku dapat kipas angin…wlpn kt umah dah byk kipas at least kipas tu leh la dihadiahkan pada orang2 yang nak berkawen dalam masa terdekat ni kan..hehehe (hadiah bonanza x dapat daaa…tp hadiah nyer leh tahan tv 29 inci lagi…bestnya org itu…huhuhu)

Banyak juga la permainan yang dipertandingkan dan nama aku telah dicalonkan untuk main boling padang. Echeh… Tiba time aku nak main, anak2 lak buat hal nak dok dekat aku, maner la bleh kan pasai satgi takut buah kelapa tu kena budak2 nie. Aku jd peserta last sekali, punya la org bagi semangat kt aku. Elok je depa suruh aku concentrate, bila nak baling kelapa tu memang elok je p ke tengah2 tp balingan tu x sampai ke hujung, sampai kt tengah je….warghhhhkakah x sampai pn kt botol2 tu…huh malu gilos waktu tu, diorang siap gelak lg tp dah x kena aku nak buat camner kan..hehehe

Time acara last sekali lak, giliran budak2 bawah 6 tahun untuk acara kutip gula2. Aku expect mcm cara yang selalu aku tengok la kan. Dah citer kt nana dan haikal tu bila diorang tiup wisel terus lari n kutip la gula2 yang ada kt depan nun… Dan siap bagitau awal2 klu x dapat gula2 tu jangan dok tiyak satgi kite leh beli gula2 kt kedai banyak2 pn xpe… Tetiba aku nampak urusetia dok bentang tikar kecil kt tengah2 padang tu. Yang budak2 lak p kerumun keliling tikar tu. Lepas dah tabur ngan gula2, wisel pn dibunyikan dan budak2 pun dok kutip la sampai bertindih2. Ya allah sampai ada budak yang nangeh kena tindih la kan…Apa la diorang ni buat macam tu. Nasib baik la aku dh pegang siap2 anak2 aku tu. Tak kuasa la kan nak bagi anak2 ditindihkan oleh budak2 yang lain semata2 nak dapatkan gula2 tu. Serupa macam bagi ayam makan lak aku tengok…ramai gak yang tak puas ati waktu tu tp rupa2nya dari tahun lepas dah diorang wat camtu…. Eiii tahun depan mahu aku suggestkan cara terbaik untuk acara budak2 ni….echeeeh…hehehe Dan nana n haikal dapat la gula2 sket ihsan dari urusetia2 kt ctu..coz ramai budak2 x dapat pn…Dan seperti biasa nana buat muncung sedepa coz apa yang die harapkan dari apa yang aku citerkan x jadi kenyataan, so marah banget la minah nie..hahaha

Senang2 buat acara sama kawan2 aku rasa lagi best…tp nak kumpuikan kawan2 sekolah, seitm pn susah skrg ni coz sumenya dah dok jauh belaka masing2…Apa2 pn harap2 family day tempat koje asben teman meriah la hendaknya…So, N9 tunggu kami naaa….

Comments (5) »

Tabika

Hari ni aku menjejakkan kaki ke Tabika Kemas kt cni untuk mendapatkan borang pendaftaran bagi anak aku…nana.  Turun2 je tangga ofis kt kementerian tu aku rasa seronok sangat perasaan ni. 

Setelah memberi salam kepada cikgu kt dalam tu (echeh..wlpn cuti sekolah), aku pun beritahu yang aku nak daftarkan anak aku untuk tabika 5 tahun nyer.  Wah…dah besar anak aku rupanya.  Chait! Baru 5 tahun pn nak bising ka…wakaka…

Setelah mendapatkan borang, sesampai je kt ofis terus tangan ni rajin mengisi maklumat yang dikehendaki.  Tak tau la nak bagitau perasaan aku ni tp rasa seronok ada, sebak pun ada…semuanya bercampur2.   Sebenarnya excited nak tengok nana tu pergi sekolah macam budak-budak yang lain.

Teringat pulak waktu zaman kecik-kecik waktu aku pergi sekolah…mesti mcm ni la jugak perasaan mak bapak antar kita kan…cuma kite je xde rasa apa2, pergi sekolah mcm tu je…hehehe.  Tp budak sekarang dah lain dan x sabar lak nak tunggu budak mula sekolah ni…Nak tengok nana pakai baju tabika tu…heheheh

Malam nanti harus aku menjejakkan kaki ke alamanda tu untuk sesi tangkap gambar nana berukuran pasport nih…Esok gak aku proceed borang ni pada cikgu… Fuh! Mmg excited gilos aku rasa…  Yang pertamanya aku rasa kt cni nana akan lebih ramai kawan coz murid2 5 dan 6 tahun diasingkan.  Klu tabika kt bwh rumah aku tu cuma baper kerat je…x sampai pn 10 org rasa sket la plak orangnya…Byk songeh btui la aku ni…

Aku harap sangat nana seronok sekolah kt cni…bila anak seronok, mak bapak lagi la seronok kan!! Tak gitu..heheheh

Comments (2) »

Protected: Geram Banget

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments